Elak Terlepas Temujanji Vaksin, Ini Cara Aktifkan ‘Push Notification’ MySejahtera
CARA AKTIFKAN ‘PUSH NOTIFICATION’ DI APLIKASI MYSEJAHTERA
Seperti yang dimaklumkan oleh KKM, negeri-negeri yang telah memulakan PICK Fasa 3 ialah Perlis, WP (Putrajaya, Labuan, KL) Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor.
Ada yang mengadu, dalam sehari tu entah berapa kali asyik check aplikasi MySejahera sebab takut terlepas temujanji vaksin.
Sebenarnya anda boleh mengaktifkan butang ‘Push notification’ untuk mendapatkan mesej notifikasi pada paparan skrin telefon anda apabila terdapat sebarang maklumat yang dikemaskini di aplikasi berkenaan.
Bagi mengelak terlepas janji temu, sila pastikan push notification aplikasi MySejahtera telah diaktifkan untuk menerima notifikasi vaksin COVID-19.
‘Push Notification’ MySejahtera
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, mulai 15 Januari 2021, pengguna MySejahtera yang telah didaftarkan sebagai kes positif COVID-19 di Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM akan diberi notifikasi menerusi SMS dan “Push Notification” melalui MySejahtera.
Pengguna tersebut akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri.
Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kepada para pengguna setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala COVID-19 di bahagian “Perlu dilakukan” bagi tempoh 10 hari berturut-turut.
Sekiranya pengguna bergejala, maklumat tersebut akan terus disalurkan ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.
Selain itu, anda juga boleh mengaktifkan ‘Push Notification’ ini supaya tidak terlepas janji temu vaksinasi.
Cara Aktifkan ‘Push Notification’ Di Aplikasi MySejahtera
Sila rujuk cara aktifkan ‘Push Notification’ MySejahtera seperti di bawah:
- Tekan ikon Setting pada telefon bimbit anda.
- Pilih Aplikasi MySejahtera pada senarai Setting.
- Slidekan butang untuk mengaktifkan notifikasi.
- Pada paoarannotifikasi, tetapkan sebagai Allow.
- Anda akan menerima notifikasi terus ke telefon bimbit sekiranya terdapat sebarang maklumat yang dikemaskini berkenaan status vaksin atau lain-lain info.
Baca juga:
- 9 Aplikasi Ini Didapati Mencuri Data Pengguna Facebook? Ini Respon Dari Google
- Google Family Link: Cara Limit Screen Time & Pantau Aktiviti Anak Di HP
Menu HelpDesk MySejahtera
Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, pengguna juga boleh membuat pelaporan
kendiri sekiranya mereka telah disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM.
Pengguna juga boleh mengajukam soalan atau apa-apa isu berkaitan kesan sampingan selepas vaksinasi melalui fungsi ini.
Mereka boleh ke MySejahtera HelpDesk di halaman utama aplikasi MySejahtera dan ikuti arahan di ruang G.
Kemaskini Aplikasi Untuk Menggunakan Semua Fungsi Sepenuhnya
Orang ramai dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi tersebut.
Adalah diharapkan dengan pengemaskinian aplikasi MySejahtera ini, pengurusan semua kes positif COVID-19 dapat berjalan dengan lebih lancar dan memenuhi keperluan semua pengguna.
Ini adalah selaras dengan hasrat KKM untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti dengan lebih berkesan.
Sumber: KKM