9 Aplikasi Ini Didapati Mencuri Data Pengguna Facebook? Ini Respon Dari Google

Baru – baru ini, Syarikat Google telah menerima laporan yang mendedahkan bahawa terdapat 9 aplikasi di Google Play Store mencuri data log masuk dan kata laluan pengguna Facebook.

Laporan diterima Itu adalah dari Dr.Web Antivirus, iaitu sebuah firma IT yang berpangkalan di Russia. Menurut Dr Web, 9 aplikasi itu melibatkan aplikasi-aplikasi mengunci peranti, suntingan foto, pembersih fail sampah, kecergasan dan juga horoskop.

Dr Web juga menjelaskan bahawa sejumlah 5.8 juta muat turun melibatkan aplikasi-aplikasi tersebut. Sila lihat senarai di bawah 9 aplikasi tersebut.

  • Processing Photo
  • App Lock Keep
  • Rubbish Cleaner
  • Horoscope Pi
  • Horoscope Daily
  • App Lock Manager
  • Lockit Master
  • Inwell Fitness
  • PIP Photo

Modus operandi aplikasi-aplikasi ini dengan meminta pengguna log masuk ke dalam aplikasi menggunakan akaun facebook mereka bertujuan untuk menyekat iklan-iklan yang dipaparkan pada aplikasi tersebut.

Seterusnya, aplikasi tersebut memasang virus Trojan ke dalam peranti pengguna dan mencuri data log masuk dan kata laluan pengguna.

Tambahan lagi menurut Dr.Web, virus Trojan yang dipasang berpotensi besar menyebabkan pengguna boleh menjadi mangsa taktik phishing iaitu mangsa akan melayari laman sesawang palsu yang menyerupai laman web sebenar.

Oleh itu, syarikat Google telah bertindak dengan membuang aplikasi-aplikasi tersebut dari Google Play Store dan juga telah menyekat pembangun aplikasi tersebut dari menawarkan sebarang aplikasi baharu.

Dr. Web menasihati pengguna peranti android untuk lebih waspada apabila memasang aplikasi dengan memilih aplikasi dari pembangun yang dipercayai dan membaca ulasan dari pengguna yang lain.

Sumber: Dr.Web

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: