Wanita Kongsi Cara ‘Recycle’ Baju Lama Di H&M, Boleh Dapat Voucher!

CARA RECYCLE BAJU DI H&M, DAPAT DISKAUN VOUCHER 15%

Tadi satu hari dok mengemas rumah dengan Syazwan Roslan. So dapatkan 9 bunjut baju-baju dalam plastik sampah ni.

Lepas Zohor terus ajak pi H&M recycle semua baju ni. Semak rumah je simpan lama-lama.

Tadi share video kat TikTok. In less than 2 hours almost 50k views!

Ingatkan ramai tau yang H&M boleh recycle baju ni. Rupanya masih ramai tak tau. Ramai yang buang je. Alaaa sayang..

JOM RECYCLE BAJU!

Recycle baju h&m
Recycle baju h&m
Recycle baju h&m

Kita boleh tengok kat tong tu dia tulis semua jenis tekstil diterima, boleh bagi apa-apa brand / jenama, dan tak kisah apa juga keadaan / kondisinya.

Recycle baju h&m

Untung kan, boleh dapat diskaun voucher tu yang best!

Baca juga: 3 Cara Berkesan Hilangkan Kulat / Kulapuk Dinding. Tak Bercapuk Lagi!

Cara nak recycle baju di H&M mudah saja, cuma perlu bawa baju / tekstil yang kita dah tak nak dan bawa ke kaunter. Nanti staf akan ambil dan keluarkan voucher untuk kita.

Simple kan?

Mungkin ada yang belum clear, so saya share antara soalan yang selalu ditanya kat sini (mengikut pengalaman saya).

Q: Brand H&M je ke?
A: Tak lah. Any brand. No brand pun boleh.

Q: Dapat duit ke?
A: Tak dapat duit tapi dapat voucher 15% untuk next purchase nanti.

Q: Hanya selected outlets ke?
A: As far as I know, semua outlets boleh dan terima.

Q: Berapa banyak baju / beg boleh recycle?
A: Min 5 items. Lebih kurang medium size bag.

Q: Ada minimum beg yang boleh hantar ke?
A: Seorang boleh bagi 2 bag sahaja untuk sehari dan akan dapat 2 vouchers. Kalau nak hantar banyak dan dapat voucher banyak, ajak la ramai orang kat rumah tu atau datang setiap hari.

Semoga membantu mengosongkan almari rumah anda!

Baca juga: Penarikan Balik Produk Russell Taylors (Air Fryer, Pressure Cooker, Oven, dll)

Pssst: baju yg elok sedeqah lah kat orang. Baju yang tak gamak nak bagi kat orang, bg je kat H&M. Diorg apply garment to garment recycling system.

Info lanjut boleh rujuk sini: H&M Garment Collection Program (Be A Fashion Recycler)

Lokasi outlet H&M mengikut negeri boleh tengok kat sini: https://www.hm.com/ua/store-locator/malaysia/

(Kredit: Mardhihah Mat Ishak)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: