3 Cara Berkesan Hilangkan Kulat / Kulapuk Dinding. Tak Bercapuk Lagi!

CARA HILANGKAN KULAT DINDING DENGAN MUDAH

Memang ‘sakit mata’ kalau tengok dinding dah mula bertompok-tompok / bercapuk dengan kulat. Sedangkan cat yang kita guna bukannya cat murah.

Memang ramai yang mengalami masalah ini walaupun menggunakan cat dinding yang mahal.

Punca Kulat / Kulapuk Dinding

Menurut laman web Impiana, antara penyebab boleh berlakunya kulat dinding ini adalah disebabkan 2 faktor berikut:

  • Kelembapan – contohnya tempias air hujan, kurang pengudaraan dalam bilik (kena selalu buka tingkap dan kipas untuk menggalakkan pengudaraan)
  • Masalah paip bocor – Jika ada kulat berwarna hijau atau hitam, biasanya ia disebabkan paip yang bocor dalam dinding. Keadaan yang basah / lembab biasa terjadi antara dinding bilik air/ tandas (Kalau ini yang berlaku, kena cari puncanya terlebih dahulu untuk pastikan kebocoran tak berulang).
  • Salah pilih cat – elak menggunakan cat yang mengandungi kandungan kapur yang tinggi

Jadi, macam mana cara hilangkan kulat dinding ni?

Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkan kulapuk putih pada dinding

1. Guna Air + Cuka

Caranya, campurkan air dengan cuka. Cuka sama banyak dengar air. atau guna nisbah 60:40 untuk cuka:air.

Kemudian masukkan dalam botol spray.

Semburkan di tempat berkulat dan biarkan 1 jam tak payah bilas. Lap dengan kain je.

Kalau banyak putih2 bersihkan dahulu baru sembur

Kulat akan hilang seperti gambar di bawah ini.

tips hilangkan kulat dinding

(Kredit: Zue Razak)

3. Guna Mildew / Mould Remover

Lagi satu cara mudah kita boleh guna wall cleaner jenama Dettol (cari mould & mildew remover).

Jenama lain pun ada juga rasanya boleh try tengok dekat Shopee atau Lazada atau di pasar raya biasa.

Caranya spray je dekat tempat berkulat tu dan lap. Buat sampai kulat tu hilang.

tips hilangkan kulat dinding

Kalau masih terjadi lagi, kenalah cari punca dan baiki masalah dinding tu.

3. Guna Wall Sealer

Seterusnya jika kedua-dua cara di atas masih tak berkesan, anda boleh gunakan wall sealer.

Caranya kikis dulu dan buang cat / kulat tu.

Lepas tu cat guna Wall Sealer Solvent Base macam dalam gambar di bawah ni. Terpulanglah ikut apa-apa jenama.

Ia khas untuk dinding lembab dan bermasalah.

Lepas dah guna cat ni, barulah cat dinding tu dengan warna pilihan kita.

Baca juga: 8 Barang Yang Perlu Ada Untuk DIY Wainscoting Dinding Rumah

Jangan Biarkan Kulat ‘Membiak’ Di Dinding

Sebelum kita mengecat, seeloknya kita mesti periksa keadaan dinding.

Kalau dinding memang ada masalah kulat, perlulah dibaiki terlebih dahulu dengan waterproofing dan pastikan tukang menggunakan undercoat dan wall sealer.

Ramai yang tak tak tahu sebenarnya kulat ni boleh bagi macam-macam kesan buruk kepada kesihatan.

Kredit: Public Health Malaysia

Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ni boleh disedut masuk ke dalam paru-paru menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ini yang boleh buat hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Kalau masalah kulat dibiarkan dan tidak dibersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru-paru terjejas dan mengakibatkan masalah kronik seperti asthma.

Baca juga: PeKa B40: Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000 (2021)

Antara tanda lain untuk kesan kehadiran kulat ni termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Jadi, tips di atas adalah untuk kes-kes yang ringan dan mungkin hanya disebabkan kelembapan luaran (bukan masalah dalam dinding).

Jika dinding dalaman yang bermasalah, sila rujuk pada tukang cat yang berpengalaman ok!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: