Cara Bersihkan Tompok Air Pada Sofa, Guna Magic Sponge RM2 Je
CARA MUDAH BERSIHKAN BEKAS TOMPOK TUMPAHAN AIR PADA SOFA DENGAN BERKESAN. HASILNYA MACAM BARU!
Mungkin ramai antara kita pernah mengalami masalah ni, terutamanya bila ada anak-anak kecil.
Kalau kita cepat sedar, mungkin tak berbekas sangat. Tapi kadang-kadang tu bila dah cuci habis pun tetap juga ada kesan tompokan tu.
Jadi macam mana nak hilangkan kesan tu?
Jom tengok perkongsian oleh Ayu Roses ni.
Cara Bersihkan Tompokan Air Pada Sofa Kain / Fabrik
Just nak share cara untuk hilangkan kesan tompok air pada sofa, sblm ni dah cuba mcm² tips, lap guna air panas habis melecur tangan oii tetap xberkesan…
Tiber dpt idea nk try guna magic sponge eco.. Alhamdulillah menjadi.. bukan setakat sental bilik air ye, banyak lagi kegunaan magic sponge ni.
Ini kesan susu anak yang tertumpah.
Cara nak bersihkan:
- Rendam magic sponge dalam air paip.
- Perah manja-manja di kawasan yang terkena tumpahan / tompokan air.
- Biarkan kering.
Baca juga: 12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk. Kenapa?
Inilah hasilnya lepas dah kering tu.
Berkesan kan? Dah macam baru dah sofanya…
Guna magic sponge RM2.10 je. Dalam satu pek ada 4pcs.
Bolehlah mudahkan kerja mak-mak di rumah. Macam-macam lagi kegunaan dia.
Selamat mencuba!
Sumber asal: Ayu Roses
Baca juga: Lelaki Ini Turun 20KG Hanya Dengan Makan Roti Gardenia Berwarna Ungu!