6 Tips Hias Bilik Jadi Workstation. Confirm Terus Jadi Produktif!

Semenjak berlakunya pandemik, kebanyakan masa kita dihabiskan di rumah atau di bilik sahaja. Jika anda WFH, anda perlu menyiapkan tempat kerja yang selesa di rumah supaya anda akan jadi lebih produktif.

Macam mana nak jadikan bilik kita sebagai workstation yang selesa? Kali ini kami akan kongsi kepada anda tips untuk menghias bilik dengan bajet yang minimum. Check it out!

Tentukan spot terbaik untuk bekerja

Tips kemas bilik jadi tempat kerja

Anda tentukan spot mana yang terbaik untuk bekerja. Kalau anda sejenis yang mudah mengantuk, sebaiknya cuba elakkan bekerja di atas katil. Siapkan satu sudut untuk letakkan meja bekerja. Jika tidak selesa menggunakan meja, cari permaidani lembut untuk duduk di atas lantai.

Lapangkan bilik, asingkan barang yang tidak perlu.

Contoh meja kerja

Untuk menjadikan bilik anda kelihatan kemas dan cerah, anda perlu melakukan ‘decuttering’. Decuttering bermaksud membuang dan mengasingkan barangan yang tidak digunakan lagi.

Cuba gunakan kaedah yang disediakan oleh perunding tatarias yang berasal daripada Jepun, Marie Kondo. Konsep decuttering ini lebih kepada memilih barang yang ingin disimpan dan membuang barangan yang tidak perlu.

Tujuan kaedah ini bukanlah untuk membuang barangan yang tidak digunakan tetapi lebih kepada memilih barangan yang benar-benar mebuat kita rasa gembira dan boleh digunakan. Mulakan dengan mengkategorikan pakaian, buku, kertas dan peralatan lain. Barulah bilik akan jadi lebih teratur.

Pakai furniture portable

Antara jenis meja mudah alih yang anda boleh gunakan.

Perabot mudah alih pelbagai fungsi sememangnya sesuai untuk bilik anda kerana boleh menjimatkan ruang. Contohnya seperti meja lipat. Jika anda mempunyai meja lipat, anda boleh bekerja di mana-mana sudut yang anda gemari. Tidaklah bosan bekerja di ruang yang sama sahaja.

Guna semula barang lama untuk dijadikan tempat alat tulis dan peralatan pejabat.

Tak perlu beli baru, boleh guna semula bekas lama yang ada.

Jangan terus buat keputusan untuk beli kabinet, almari dan sebagainya untuk kegunaan WFH. Mengikut kaedah Marie Kondo, anda perlu menyusun sesuatu mengikut kategori. Daripada mengeluarkan wang untuk membeli rak, lebih baik anda gunakan barangan terpakai seperti kadbod untuk menyimpan alat tulis dan peralatan pejabat.

Tentukan susur atur bilik yang menarik untuk berehat sekaligus untuk bekerja.

Untuk mencipta suasana yang selesa di dalam bilik, pastikan anda menyusun atur bilik dengan betul. Sebaiknya bilik anda perlulah mempunyai tingkap untuk mendapatkan cahaya semulajadi kerana cahaya semulajadi boleh menyegarkan tubuh badan.

Tentukan juga kedudukan tilam dan meja bekerja. Pastikan meja kerja anda menghadap tingkap supaya anda dapat pencahayaan yang cukup.

Hias bilik dengan tumbuhan dan perhiasan menarik.

Tanaman hiasan mampu memberikan vibe positif kepada mental kita.

Dekorasi dalam bilik sememangnya diperlukan untuk memberi kesan estetik dan ceria. Perhiasan seperti lampu garam dan minyak diffuser juga membantu menenangkan fikiran.

Selain itu, anda boleh juga menghias bilik dengan tanaman. Pilih tanaman yang sesuai diletakkan di dalam bilik seperti pokok peach lily atau bunga melati.

Ini antara 6 tips yang anda boleh gunakan untuk mengubah bilik tidur menjadi tempat kerja yang selesa. Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: