Cara Servis Aircond Rumah Sendiri. Barulah Sejuk Macam Baru!
CARA SERVIS AIRCOND RUMAH SENDIRI
Musim panas ni mungkin ada yang perasan aircond tu dah makin perlahan walaupun blower dah full speed.
Jadi, itu tandanya dah bolehlah servis aircond tu untuk cleaning balik bagi bersih.
Di sini kami kongsikan sebuah posting oleh Khairul Azwan Abd Aziz yang menunjukkan cara DIY servis aircond rumah sendiri.
Katanya mudah saja, semua orang boleh buat sendiri. Lagi jimat daripada panggil tukang kan?
Jom kita tengok cara-caranya.
Cara Servis Aircond Rumah Sendiri
Oleh kerana smlm angin ekon pelan ja walaupon blower dah full speed, harini ambik masa sat buat cleaning balik ekon ni. Step mudah yang kita sendri pon boleh buat..
BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN
- Screw driver
- Berus yang bersih (kalau ada vacuum lagi baguih)
- Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku tak guna pon, sebab cooling coil tak nampak kotoran degil berkerak.. just habuk yg boleh dicuci dengan berus)
- Kain untuk mengelap.
- Tangga
LANGKAH 1
Mula-mula, pastikan dah matikan suis aircond dulu.
Lepas tu buka filter dan cover filter serta cooling coil ni.
Tarik perlahan-lahan ke atas. Sebelah lagi pun buat macam tu juga.
Lepas dah buka cover tu, buka casing aircond pulak. Ada 2 ke 3 biji skru ikut jenis dan brand aircond. Macam Sharp inverter ni ada 2 biji skru kiri dan kanan casing.
Lepas dah buka skru, buka casing dengan cara tarik dari sebelah atas casing ke atas dan kemudian tarik ke arah anda
(Buat lemah lembut kalau tak biasa, satgi patah naya.. haha. Kebanyakan cara buka casing aircond ni sama ja.)
Baca juga: Cara Print Gambar Passport DIY Di Rumah Tanpa Download Apps, Senang Je!
LANGKAH 2
Kemudian, buka flap angin yang swing tu.
Buka yang tengah dulu dengan tolak kaki flap ke belakang keluar dari holder tu.
Pastu tarik kaki flap sebelah kiri keluar perlahan-lahan. (Jangan kasaq, satgi patah haha.) Kemudian keluarkan flap dari motor flap sebelah kanan tu.
LANGKAH 3
Ok lepas dah buka casing, kalau room temperature sensor jenis yang ada sekali dekat cooling coil, cabutkan dari cooling coil tu dulu supaya senang nak cuci cooling coil satgi.
LANGKAH 4
Ok seterusnya, buka flap angin yang boleh adjust kiri kanan ni. Kalau jenis Sharp ni, tolak ja setiap klip tu ke atas untuk buka.
Lain brand aircond lain cara bukak dia, jadi perhatikan elok-elok atau Google dulu sebelum buat. Benda tu mudah patah.
LANGKAH 5
Yeahh.. nampak dah blower. Ambik hang, berkerak…! So ni punca dia angin koi pelan haha. So cuci la pakai berus. Sambil-sambil tu sedut guna vacuum pon boleh..
Kalau teruk lagi smpai tak keluar kotoran tu, bolehlah sembur pakai aircond cleaner. Biarkan sekejap bagi dia keluar semua kotoran degil tu, lepas tu tadah bekas / besen, kemudian sembur dengan pressure air.
Boleh beli botol pressure yang guna manual pam tu. (Beringat, jgn pi semboq kat board ekon sebelah kanan tu.. lupp teruih satgi naya pak karim. Tutup board ekon tu ngn plastik utk langkah selamat)
Jom kita kasi cuciii…
Baca juga: DIY Spray Elak Kucing Berak / Kencing Merata. Guna 3 Bahan Ni, Menjadi!
Ini hasilnya selepas siap dicuci.
Cooling coil pon dah cuci bersih merelip merelap dah..
(cuci jangan sampai terpenyet fin cooling coil tu. Kalau guna berus, berus ke atas dan ke bawah ikut alur fin tu.. sesetengah org ikut dan ja tonyoh kuat-kuat smpai penyet abih fin tu. Nnt udara nk lalu celah-celah fin tu payah.. so kurang efisyen la sejuknya.
Kalau tadi guna air conditioner cleaner, sembur dan biarkan dia keluarkan semua kotoran-kotoran tu, then sembur guna pressure air. Semburkan sedikit demi sedikit sampai bersih. Jgn lupa tadah plastik atau bekas / besen tau..hehe.)
Lepas tu kita on suis, test angin tengok kuat balik dak.. biaq keluaq mcm angin ribut pon xpa haha.
LANGKAH 6
Ok lepas dah basuh semua benda-benda plastik ni, pasang balik ikut turutan masa buka tadi.
Pasang flap kiri kanan dlu, pastu flap swing atas bawah, pastu pasang casing.. pastikan casing masuk rapat elok baru skru balik.
Then last skali pasang balik cover filter tu. Just tekan masuk ja..
Pasang balik filter yang dah dicuci bersih-bersih.
SIAP!
Okehh siappp… Nyaman mcm baruuu. Bukak fan speed no 1 pon rasa angin dah..
Nahh… ni baru 8bulan punya habuk. Kalau hgpa dah bertahun xpenah cuci tu, xtaulah..haha.
Ok mudah kan cara nak servis aircond rumah sendiri?
Selamat mencuba.
Kalau ada pertanyaan, sila rujuk ke posting asal di SINI.
*Kredit penulis asal: Khairul Azwan Abd Aziz