in

DIY Spray Elak Kucing Berak / Kencing Merata. Guna 3 Bahan Ni, Menjadi!

ADVERTISEMENT

TIPS ELAK KUCING BERAK / KENCING MERATA

Memang stres betul bila asyik kena basuh K kencing tahi kucing bersepah-sepah dekat halaman rumah tu kan?

ADVERTISEMENT

Mesti ada yang tension bila jadi macam ni. Dulu-dulu ada juga dengar petua letak air merah dalam botol tapi dah tak jalan dah. Kucing tengok pun buat tak tau je bila nampak botol tu.

Jadi kami nak share satu tips yang berkesan telah dicuba hasil perkongsian Ella Ahmad. Katanya memang ‘menjadi’ untuk elakkan kucing mencemarkan kawasan rumah kita.

Baca juga : Elak Kena Saman! Ini Prosedur Tukar Warna Cat Kenderaan JPJ

Cara Elak Kucing Berak / Kencing Merata. Hanya Guna Cuka & Pelembut Pakaian!

Bahan-Bahan:

  1. 7-10 titis cuka makan (pada firasat saya, bau dia masam so busuk so kucing tak berkenan nak kencing/berak dekat tempat yang disembur tu).
  2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisah softner brand ape sebab nak bagi wangi sikit je, sebab kalau letak cuka je nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni wangi la sikit baunya).
  3. Air paip (agak-agak je banyak mana sampai penuh bekas spray).
Cara elak kucing berak kencing merata
Cara elak kucing berak kencing merata

Cara Membuat:

Isi semua bahan-bahan dalam botol spray ni, goncang-goncangkan dah boleh spray dekat tempat mana yang kucing suka kencing/berak.

Lepas buat spray DIY ni memang tak pening kepala lagi nak cuci kencing dan berak kucing dekat car porch tu.

Selamat mencuba!

*Kredit : Ella Ahmad
https://www.facebook.com/marchella.khoo.5/posts/2012274115474642

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Elak Kena Saman! Ini Prosedur Tukar Warna Cat Kenderaan JPJ

Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri Jika Dah Penuhi 6 Syarat Ini – KKM