Walaupun Cantik, Ini Bahaya Pokok Keladi Beracun

Bahaya Pokok Keladi Beracun

Sejak negara kita melalui fasa tempoh kawalan pergerakan (PKP) ramai yang mula mencari hobi yang berfaedah.

Berkebun juga menjadi salah satu hobi yang popular ketika ramai habiskan masa di rumah, ramai juga yang teruskan hobi ini.

 Aktiviti berkebun juga dikira sebagai hobi yang menyihatkan dan baik untuk terapi minda.

Selain menitikberatkan penjagaan pokok, anda juga perlu tahu yang ada juga tanaman hiasan yang beracun.

Walaupun tidak dinafikan rupa dan bentuk daunnya yang cantik,sesetengah pokok hiasan adalah berbahaya jika tertelan.

Salah satu tumbuhan beracun ialah spesis tanaman hiasan keladi (Caladium) yang cukup popular pada masa kini.

Daunnya yang beraneka bentuk dan warna membuatkan pokok ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Sesetengah pokok Caladium juga bernilai tinggi dan boleh dijual dengan harga ratusan ringgit !

Ada juga segelintir penggemar tanaman hiasan yang akui tangan naik gatal bila terpegang daun ini.

Apa yang menyebabkan tanaman hiasan ini beracun dan apakah kesannya pada kesihatan ?

Baca Juga : Cara Halau Serangga Perosak Tanaman Guna Kulit Bawang. Pokok Pun Makin Sihat

bahaya pokok keladi beracun
Kredit Foto : suara.com

Bahaya Pokok Keladi Beracun

Berdasarkan perkongsian dari Public Health Malaysia, penggemar tanaman hiasan perlulah berhati-hati dengan pengendalian pokok Caladium kerana ia mengandungi racun dan boleh memberi kesan kepada kesihatan.

bahaya pokok keladi beracun
Kredit Foto : Public Health Malaysia

1. Mengandungi Bahan Toksik

Jangan mudah terpedaya dengan rupanya yang unik, Caladium mengandungi kalsium oksalat dan asparagine iaitu racun yang toksik apabila ditelan.

Racun ini meliputi keseluruhan tumbuhan tetapi paling banyak dijumpai pada daunnya.

Oleh itu, ia sangat berbahaya jika diletakkan dekat dengan capaian kanak-kanak atau haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

2. Bahaya Kepada Kulit Sensitif

Individu yang mempunyai kulit sensitif juga boleh terkesan hanya dengan bersentuhan fizikal dengan tumbuhan ini.

Sekiranya anda dan keluarga memiliki masalah kulit sensitif, adalah dinasihatkan untuk elakkan membela pokok ini di rumah.

3. Menyebabkan Masalah Kesihatan Jika Tertelan

Mengunyah atau menggigit tanaman keladi ini pula boleh membebaskan kristal beracun yang mengakibatkan :

  • Sakit mata atau kemerahan
  • Lidah bengkak, Keradangan mulut dan rongga mulut
  • Menyebabkan sensasi terbakar atau melecur pada mulut dan tekak
  • Salur pernafasan bengkak atau kesukaran bernafas.
  • Cirit-birit
  • Muntah

Apa Perlu Anda Lakukan Jika Tertelan Pokok Keladi Beracun ?

Jika seseorang terkunyah atau makan Caladium tanpa sengaja, anda boleh ikuti cara berikut :

  • Basuh mulut dengan kain basah
  • Basuh bahagian badan yang terkena racun seperti tangan dan mata
  • Untuk legakan kesakitan sementara, anda boleh minum susu
  • Dapat pemeriksaan lanjut secepat mungkin untuk elakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.

Tidak salah untuk anda miliki tanaman ini di rumah sebagai penyeri laman atau dalam rumah.

 Namun, ia perlulah dikendalikan sebaiknya dan perlu dijauhkan dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Sebagai langkah berjaga-jaga anda perlulah letakkannya di tempat yang lebih tinggi dan sukar dicapai.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: