in ,

Realme Narzo 50A Peranti Pintar Baharu Untuk Siri Narzo?

ADVERTISEMENT

Syarikat Realme melancarkan beberapa model untuk pasaran tempatan antaranya ialah Narzo 20, Narzo 20 Pro, Narzo 30A dan Narzo 30.

Jadi sudah tentu kita akan menyangka bahawa peranti seterusnya dalam siri Narzo akan dikenali sebagai Narzo 40 atau Narzo 40A dan sebagainya.

ADVERTISEMENT

Namun, terdapat beberapa maklumat tertiris di laman web yang menyatakan pegganti untuk siri Realme Narzo 30 akan dikenali sebagai Realme Narzo 50A.

Ini berikutan maklumat berkaitan peranti pintar baharu ini telah muncul di pangkalan data seperti Bureau of Industry and Security (BIS) di India dan NBTC Thailand.

Jika kita lihat gambar diatas, ianya akan dikenali sebagai model RMX3430 dan kita dapat mengesahkan ianya menawarkan sokongan sambungan GSM / WCDMA / LTE.

Beberapa maklumat mengenai spesifikasi juga telah tertiris antaranya ialah kamera di mana ianya akan didatangkan dengan kamera sebesar 13MP dan untuk kamera hadapan ialah 8MP dengan bukaan f/2.0.

Buat masa ini Syarikat Realme belum berkongsi kepada umum mengenai peranti pintar baharu ini. Oleh itu, sama-sama kita nantikan maklumat rasmi berkaitan peranti pintar baharu ini.

Sumber: Gizchina

Written by affiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Roti Tortilla Yang Lembut. Tahan Berbulan-bulan!

KPDNHEP: Perincian Operasi Sektor Perniagaan Yang Dibenarkan Setiap Fasa PPN