Anda Boleh Mengadu Premis Tak Patuh SOP Melalui Aplikasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera yang merupakan initiatif kerajaan sangat membantu dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Ini kerana ianya membantu menjejak individu jika berlaku kes positif, memaparkan status Covid-19 individu dan lokasi, vaksinansi selain daripada berkongsi info terbaharu daripada KKM.

Terbaharu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkongsi di laman Twitter sebuah lagi ciri baharu yang akan hadir di aplikasi MySejahtera.

Merujuk kepada ciapan, seorang pengguna Twitter bertanyakan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apakah adanya aplikasi atau platfom untuk mengadu kesalahan melanggar SOP yang dilakukan premis.

Beliau membalas ciapan terbabit dengan menyatakan satu ciri terbaharu yang bakal hadir di dalam aplikasi MySejahtera iaitu ciri untuk membuat aduan terus melalui aplikasi terbabit sekiranya ada premis yang tidak mematuhi dan melanggar SOP.

Antara kesalahan melanggar SOP yang boleh diadu ialah seperti premis yang tidak mengambil suhu badan atau rekod pelawat, tidak menggunakan pelitup muka atau tidak melakukan penjarakkan sosial atau mereka yang tidak mematuhi peraturan kuarantin.

Pengguna boleh melakukan aduan terus melalui aplikasi berkenaan dengan mengepilkan gambar sebagai bukti dan rujukan.

Ciri ini dijangka hadir melalui kemaskini MySejahtera akan datang tidak lama lagi.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: