TERKINI: Banjir Kilat Di Kuala Lumpur, Ambil Langkah Berwaspada

Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa sebanyak enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang menerusi ciapan di laman Twitter rasminya, sebentar tadi.

Enam kawasan dilanda banjir kilat itu adalah Terowong Tabung Haji, Terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.

Jurucakap Bomba Kuala Lumpur sahkan video tular kejadian banjir kilat yang dilaporkan berlaku di Jalan Kuchai Lama sekitar 4.15 petang tadi.

Antara kawasan yang terlibat:

  • Banjir kilat di Kuchai Lama telah memberi kesan kesesakan dari arah KFC Kuchai Lama & MRT Kuchai Lama begitu juga dari kawasan sekitar NSK.
  • 4.39pm BESRAYA@E9: Trafik dari Plaza Tol Loke Ke Salak Selatan di lencongkan ke Jalan Istana berikutan banjir kilat di Salak Selatan dan Kuchai Lama. Sila patuhi arahan petugas trafik di lokasi.
  • 4.32pm SMART@E38 : Penutupan sementara laluan berikutan banjir kilat
    • laluan masuk terowong dari Taman Desa & Cheras menghala ke Pusat Bandar
    • susur keluar terowong dari Pusat Bandar menghala ke Cheras

PERHATIAN: STATUS HUJAN SEMASA (SANGAT LEBAT)
di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, Kuala Lumpur, 07/03/2022 16:15,
Taman Desa (SMART),
merekodkan bacaan hujan 105.5mm dalam masa 1 jam
Mi-SOS Community

PERHATIAN: STATUS HUJAN SEMASA (SANGAT LEBAT)
di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, Kuala Lumpur, 07/03/2022 16:15,
Jambatan Petaling,
merekodkan bacaan hujan 80mm dalam masa 1 jam

Sumber: Twitter/ 7 MAC 2022

Kredit video : Orang awam (Lokasi Jalan Kuchai Lama)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Menerusi Twitter, agensi itu memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di seluruh daerah di negeri ini.

Seluruh Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka juga diramal mengalami cuaca sama.

Jangkaan turut berlaku di Kedah, Pahang, Johor dan Sabah melibatkan beberapa kawasan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Baca juga: Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: