Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup
SEMAKAN INFO BANJIR TERKINI & KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Dalam musim bencana ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) adalah 3 sumber utama yang penting untuk anda semak setiap hari bagi mengetahui sebarang update atau amaran peringkat bahaya berkaitan banjir, tanah runtuh, jalan tutup dan sebagainya.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan merujuk kepada info melalui 3 laman web berikut bagi memastikan perjalanan anda lancar.
Di sini kami kongsikan cara untuk membuat semakan info cuaca, amaran banjir, serta notis penutupan jalan yang terkini.
Cara Semakan Info Banjir Terkini & Jalan Yang Ditutup
Aplikasi MyPublic Infobanjir merupakan aplikasi yang direka untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat banjir yang terperinci berhubung bencana banjir.
Aplikasi ini menyediakan data banjir untuk 1500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak.
Aplikasi ini turut mengeluarkan hebahan amaran banjir yang boleh diakses secara real time.
Ini cara semakan update banjir terkini untuk makluman bersama.
1. Semakan Info Banjir di Portal JPS (MyPublic InfoBanjir)
Boleh semak dulu jalan mana risiko dinaiki air melalui laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) bawah ini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/
Sebarang amaran terkini akan dinyatakan mengikut negeri seperti dalam senarai di bawah.
2. Semakan Notis Penutupan Jalan JKR
Bagi anda yang ingin memulakan perjalanan, semak dahulu lokasi perjalanan sama ada ia masih terkesan dengan banjir atau ditutup.
Untuk mendapatkan maklumat Notis Penutupan Jalan, sila ke Portal Rasmi Pengurusan Bencana JKR di pautan berikut http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php
Info laluan alternatif atau peta lokasi juga turut disertakan bersama carian anda di bawah:
ATAU dapatkan info melalui
Twitter : @CSFJ_JKR
3. Info Cuaca / Amaran Terkini MetMalaysia
Untuk mengetahui info cuaca terkini serta amaran berkaitan hujan atau ribut, sila layari Portal Jabatan Metereologi Malaysia melalui pautan berikut: https://www.met.gov.my/
Pelbagai info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SIla dapatkan maklumat yang sahih melalui laman web ini.
Untuk info terkini melalui media sosial, anda juga boleh follow Twitter rasmi MetMalaysia di @metmalaysia
Untuk maklumat lanjut tentang bencana alam atau banjir, orang awam juga melayari Portal Bencana NADMA melalui pautan ini https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan
Semoga kita terus berwaspada, mematuhi SOP dan doakan keselamatan rakyat Malaysia agar semuanya baik-baik sahaja.