Bimbang Anak Batuk Terlalu Lama, Ini 8 Cara Hilangkan Batuk Anak!

Sebagai ibu bapa pasti akan merasa risau jika anak-anak tidak sihat dan batuk yang berterusan terutamannya dikalangan bayi.

Ini kerana bayi tidak tahu cara untuk membuang kahak malah mereka juga tidak digalakkan untuk mengambil ubat batuk.

Jadi agak sukar dan kebingungan bagi ibu bapa mencari cara untuk merawat batuk yang dialami bayi tersebut.

Jangan risau, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan batuk bayi. Hanya mengunakan bahan-bahan di rumah saja!

Terdapat tiga fasa untuk batuk iaitu:

  • Penyedutan (pernafasan).
  • Peningkatan tekanan di tekak dan paru-paru dengan kord vokal ditutup.
  • Pelepasan udara apabila kord vokal terbuka, memberikan batuk ciri-ciri bunyinya yang tersendiri.

Baca juga: Punca Batuk Berterusan, Ikuti Perkongsian Dr Ini

Jika bayi itu batuk dengan kerap, ia boleh menjadi sebagai satu tanda penyakit. Banyak batuk juga boleh terjadi disebabkan oleh penyakit berjangkit, seperti selsema dan menjadi kahak.

8 Cara & Petua Merawat Batuk Anak

Tanpa menggunakan ubat-ubatan, ini adalah beberapa cara dan petua untuk hilangkan batuk anak anda:

1. Penggunaan Madu asli

Rahsia pengambilan madu kelulut
Kredit Foto: Sinar Harian

Madu asli ialah bahan mujarab yang digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan. Secara santifiknya terbukti berkesan merawat batuk dan melegakan sakit tekak.

  • Berikan 1/2 sudu teh madu sebelum waktu tidur.
  • Campurkan madu dengan jus lemon atau air halia untuk menambahkan dos vitamin C, minyak pati dan antioksidan.
  • Campurkan sedikit madu dengan tepung gandum, kemudian letakkan bancuhan tadi diatas kain perca (jadikan seperti patch) dan tampalkan dibekalang badan anak.

Nota: Penggunaan madu hanya sesuai untuk anak berumur 12 bulan ke atas.

2. Penyembur ubat titis hidung

Normalkah Bunyi Kahak Semasa Bayi Bernafas? Apa Cara Atasi Bunyi Kahak Ini?  | MomQhalif
Kredit Foto: MomQhalif

Penyembur ubat titis hidung diperlukan untuk memudahkan anak anda menghembus lendir dan hingus yang tersekat di dalam hidung mereka. Boleh didapati di farmasi atau hanya membuatnya di rumah.

  • Campurkan air, garam yang tidak beriodin serta serbuk penaik.

Nota: Namun begitu, perlu dapatkan nasihat doktor terlebih.

3.Rawatan wap air

Steam inhalation technique.
Kredit Foto: Ethissa

Rawatan wap air adalah rawatan cara lama yang selalu dilalukan sejak zaman mak nenek kita dulu.

  • Campurkan air panas dan campurkan dengan balsem yang disarankan oleh doktor.
  • Dapatkan anak anda untuk meletakkan kepala di atas mangkuk.
  • Letakkan tuala besar di atas kepalanya.
  • Galakkan anak anda untuk menyedut seberapa banyak stim yang boleh.
  • Wap yang disedut membantu untuk melegakan kesesakan hidung, terutamanya yang disebabkan oleh lendir.

Nota: Cara yang lebih mudah, hanya sapukan balsem pada dada dan leher mereka. Anda juga perlu berhati-hati semasa melakukan kaedah ini. Bagi bayi, anda boleh bedung anak itu terlebih dahulu.

4. Pengambilan air yang mencukupi

5 Manfaat Baik Minum Air Mineral, Anda Patut Tahu - Global Liputan6.com
Kredit Foto: Liputan6.com

Galakkan anak anda untuk sentiasa minum air yang banyak terutamanya semasa selsema dan demam bagi membantu memulihkan masalah hidung berair serta melegakan sakit tekak mereka.

Inilah pengambilan air yang disyorkan oleh Institut Perubatan Akademi Kebangsaan:

  • 0 hingga 6 bulan: 700 ml (termasuk susu formula atau susu ibu)
  • 7 hingga 12 bulan: 800 ml
  • 1 hingga 3 tahun: 1300 ml
  • 4 hingga 8 tahun: 1700 ml

Nota: Sila ambil perhatian bahawa nilai-nilai yang dinyatakan adalah untuk anak-anak yang sihat. Untuk anak yang kurang sihat, lebihkan lagi pengambilan air untuk membantu anak anda pulih dengan lebih cepat.

5. Pelembap udara bagi kelegaan batuk anak

Faedah Kesihatan Humidifiers

Batuk boleh terjadi disebabkan oleh cuaca, udara yang tercemar serta penggunaan penghawa dingin yang berterusan. Anda boleh sediakan pelembap udara panas dan beruap untuk membantu melegakan batuk anak anda.

Jika anda tidak mempunyai pelembap kabut hangat,

  • Anda boleh curahkan air panas di dalam tab mandian dan duduk bersama anak anda di hadapan pancuran air panas selama 15 minit.

6. Posisi kepala pada kedudukan yang tinggi

Ternyata Ini Manfaat Bayi Tidur Tidak Pakai Bantal
Kredit Foto: SehatQ

Anda boleh letakan beberapa bantal di belakang, bahu dan kepala anak yang berusia lebih 1 tahun untuk keselesaannya. Cara ini dapat membantu anak anda bernafas dengan lebih selesa.

  • Gunakan bantal yang kecil ataupun gulungkan tuala untuk meninggikan kepala bayi.

7. Rehat yang cukup

5 Cara Mudah Untuk Latih Anak Kecil Tidur Dengan Sendiri
Kredit Foto: sirap limau

Salah satu petanda yang baik sekiranya anak anda jenis yang aktif, tetapi anda juga perlu memastikan bahawa dia mendapatkan rehat mencukupi.

Ini kerana tubuh anak anda hanya boleh sembuh apabila mendapat rehat yang secukupnya.

8. Suhu bilik

Cara Betul Nak Pasang Aircond Untuk Jimat Elektrik, Rupanya Ramai Yang  Salah Guna! - MASKULIN
Kredit Foto: Maskulin

Tidak dinafikan zaman ini, kebanyakan anak-anak tidur di bilik yang berhawa dingin kerana cuaca yang panas terik.

Walau bagaimanapun, pada hari yang anak anda tidak sihat dan terbatuk-batuk dengan hidungnya yang tersumbat, penggunaan penghawa dingin akan menjadi alternatif yang baik.

Sumber: Hellodoktor, Ethissa

Inginkan artikel yang lebih menarik klik disini

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: