Cara Topup RFID Online Melalui Apps Touch n Go

Cara Tambah Nilai (Topup) RFID Online Melalui Apps Touch n Go

Sudahkah anda bertukar kepada RFID?

Apabila anda memilih untuk menggunakan tag Touch ‘n Go RFID, anda boleh menikmati kemudahan tambah nilai baki yang lebih mudah melalui Touch ‘n Go eWallet, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda juga digalakkan untuk menetapkan fungsi tambah nilai automatik melalui Touch ‘n Go eWallet untuk mempunyai baki yang mencukupi pada setiap masa.

Di sini kami kongsikan info lanjut dan caranya.

Baca juga: Selit Di Pelapik Roadtax, Lelaki Kongsi Cara Praktikal Tampal RFID

Apakah RFID?

RFID merupakan sebuah transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai sebagai langkah mengurangkan kesesakan di plaza tol dan selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR.

Dengan sistem ini, pelanggan berpeluang menikmati perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong Radio Frequency Identification dengan kelajuan 30km/j.

Ia juga boleh ditambah nilai melalui Touch n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai.

Kelebihan RFID

Antara kelebihan RFID ialah pengimbasan yang cepat, penembusan membaca bebas Barrier dan kapasiti memori data yang besar.

Ini akan memberi faedah seperti berikut:

  1. Perjalanan yang lebih lancar dan mudah di plaza tol
  2. Harga tag yang murah
  3. Tambah nilai menerusi Touchj n Go eWallet yang lebih selamat, mudah dan pantas secara online
  4. Tidak memerlukan bateri
  5. Tidak perlu ke pusat tambah nilai
  6. Tiada caj tamabahan untuk tambah nilai

Cara Semak Baki & Topup RFID Online

Untuk makluman, pembayaran Touch ‘n Go RFID ditolak daripada eWallet Touch ‘n Go anda.

Anda boleh terus topup ke eWallet Touch n Go dengan mudah untuk kegunaan RFID.

Namun bagi anda yang menggunakan beberapa RFID, anda perlu semak dahulu tag ID kenderaan yang didaftarkan dalam eWallet.

Sebagai panduan, sila semak apps TNG Ewallet anda seperti berikut:

  1. Buka Apps Touch n Go eWallet.
  2. Baki eWallet anda akan dipaparkan.
  3. Tekan butang “Toll” di segmen tengah.
  4. Ada 3 pilihan yang muncul, “TNG Card”, “PayDirect” dan “RFID”. Pilih RFID.
  5. Maklumat kenderaan dan no tag ID anda akan dipaparkan.
  6. Pastikan maklumat sama dengan kenderaan yang anda daftarkan.
  7. Sila tambah nilai mengikut jumlah yang diinginkan.

Rujuk video di bawah untuk info lanjut:

Maklumat Lanjut Tentang Tambah Nilai RFID

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/rfid/

Baca juga: Cara Pasang Pelekat RFID Di Kereta Anda & Aktifkan eWallet Touch n Go

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: