SOP Hari Raya Aidilfitri PKP Sepanjang Syawal (12 Mei-7 Jun 2021)

DIKEMASKINI: SOP HARI RAYA AIDILFITRI (12 MEI – 7 JUN 2021)

Pada 10 Mei, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan sebuah kenyataan khas bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dikuatkuasakan di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun.

Perkara ini bermaksud terdapat perubahan pada SOP yang diumumkan dalam Sidang Media MKN bertarikh 4 Mei yang dibahagikan kepada kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Kini seluruh negara tertakluk kepada SOP standard seperti berikut:

Baca juga : Panduan Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2021 Di Rumah (JAKIM)

SOP Hari Raya Aidilfitri PKP 2021

Dimaklumkan sebelum ini bahawa larangan rentas daerah dan negeri kekal bagi semua negeri sehingga 7 Jun 2021.

Berikut adalah butiran lanjut berkenaan SOP Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2021:

  1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh;
  2. Larangan SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.
  3. Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
  4. Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam;
  5. Larangan semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;
  6. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa. Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga;
  7. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu.
  8. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.
  9. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
  10. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan;
  11. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa; dan
  12. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN.
  13. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.
  14. Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan;
  15. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Tarikh PKP dan larangan ini dikuatkuasakan dari 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

SOP PKP 3.0 (Dikemaskini)

Rujuk SOP penuh PKP 3.0 berkuatkuasa mulai 12 Mei yang telah dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara selengkapnya di bawah atau melalui pautan berikut: https://www.mkn.gov.my/

SEKTOR SOSIAL – SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI (PKP) TAHUN 2021

  • Takbir Hari Raya di masjid atau surau DIBENARKAN
  • Aktiviti takbir rumah ke rumah TIDAK DIBENARKAN
  • Solat sunat hari raya DIBENARKAN (rujuk SOP)
  • Jamuan selepas solat sunat TIDAK DIBENARKAN
  • Majlis Rumah Terbuka TIDAK DIBENARKAN
  • Aktiviti ziarah TIDAK DIBENARKAN

Garis Panduan (SOP) terperinci Sarawak boleh didapati di dalam laman rasmi Majlis Islam Sarawak. http://www.mis.sarawak.gov.my

Rujuk ringkasan melalui infografik di bawah :

sop hari raya 2021
sop hari raya 2021

(Sumber infografik: BERNAMA)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: