in

Panduan Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2021 Di Rumah (JAKIM)

teks khutbah raya jakim 2021 di rumah
ADVERTISEMENT

Khutbah Aidilfitri Di Rumah 2021 / 1442H (JAKIM)

Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Berikut dikongsikan tatacara lengkap dan hukum khutbah Hari Raya yang boleh dijadikan panduan bagi keluarga yang mendiri Solat Sunat Hari Raya di rumah tahun ini.

Waktu / Tatacara Membaca Khutbah Hari Raya Di Rumah

Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, setelah solat hari raya selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ يُصَلُّونَ فِي الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُونَ ‏

Maksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah.

Riwayat Al-Tirmizi (531)

  • Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.
  • Teks khutbah aidilfitri di rumah boleh didapatkan melalui teks yang disediakan oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri menerusi laman web mereka.
  • Manakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, maka tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.
  • Sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja. 

Berikut adalah Teks Khutbah Aidilfitri Di Rumah (2021 / 1442H) oleh JAKIM yang boleh dibacakan oleh imam interim di rumah semasa tempoh PKP.

khutbah aidilfitri di rumah
khutbah hari raya
teks khutbah lengkap
contoh khutbah 2021
contoh khutbah raya
contoh khutbah raya

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا الحَمْدُ ِللهِ نَشْكُرُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ . أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .. فَيَا أَيُّهَا الْـمُسْلِمُوْنَ اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai keluargaku yang dikasihi,

Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia mahupun di akhirat. Marilah kita menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurniaan yang telah diberikan kepada kita selama ini.

Wahai ahli keluarga yang kukasihi,

Pada hari ini, kita menyambut Aidilfitri yang menjadi simbolik kepada kembalinya kita kepada keadaan fitrah setelah sebulan kita dilatih dalam Madrasah Ramadan. Kita telah berjuang melawan hawa nafsu, mengawal amarah, kita juga telah bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada Allah SWT, melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan, dan melaksanakan ibadah puasa dengan harapan tinggi agar kita menjadi hamba-Nya yang bertakwa, diterima amalan, dan dimakbulkan doa kita. Kita telah melalui Ramadan dengan solat berjemaah, makan bersama, bertadarus dan melaksanakan amalanamalan lain secara bersama.

Maka suka untuk saya mengingatkan kepada ahli keluargaku untuk kita meneruskan amalan-amalan tersebut bagi mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan kita bersama Allah SWT.

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Wahai ahli keluarga yang kukasihi,

Aidilfitri merupakan hari untuk kita bergembira dan ia merupakan kegembiraan yang
dikhususkan untuk umat Islam. Sungguhpun suasana sambutan pada kali ini agak
berbeza seperti kebiasaan, kita tetap perlu mensyukuri nikmat ini dan menzahirkan
kegembiraan kita. Sememangnya kita masih lagi diuji dengan wabak ini.

Kepada Allah SWT jualah tempat kita memohon pertolongan agar Dia menghilangkan semua wabak ini dan mengangkat ujian yang kita hadapi ini. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita semua melainkan dengan kekuatan dan kekuasaan Allah SWT jua.

Wahai keluargaku yang dikasihi,

Sempena Aidilfitri ini juga, marilah kita saling memaafkan antara satu sama lain.
Keluarga inilah “harta” kita dan kita wajib menjaganya sebaik mungkin. “Air dicincang tidakkan putus”, “carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua”, itulah antara ungkapan orang dulu-dulu bagi menggambarkan betapa kita sebagai ahli keluarga walau apa jua yang berlaku, keluarga tetap keluarga.

Sesungguhnya memaafkan orang lain itu merupakan suatu keizzahan (kemuliaan) buat seseorang mukmin lebih-lebih lagi antara sesama ahli keluarga kita sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

.فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).”

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

(Habis khutbah pertama. Kemudian hendaklah khatib duduk seketika antara khutbah pertama dan kedua)

Baca juga: Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah & Amalan Sunat Malam Raya (Muat Turun PDF)

KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa kami, ibu bapa kami, kaum keluarga kami, para pemimpin kami dan semua kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah meninggalkan kami.

Ya Allah,
Kau terimalah semua amal ibadah kami dan rahmatilah kami dengan keampunan-Mu dan kasih sayang-Mu. Ya Allah, Kau hilangkanlah wabak Covid-19 dari negara kami serta negara-negara lain di seluruh dunia supaya kami dapat meneruskan kehidupan kami sebagai khalifah-Mu di muka bumi ini.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنَ الْبَرَصِ، وَالْـجُنُونِ، وَالْـجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ. نَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

KHUTBAH AIDILFITRI 1442H JAKIM & NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA

Selamat menyampaikan khutbah kepada ahli keluarga di rumah.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

panduan solat sunat aidilfitri

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah & Amalan Sunat Malam Raya (Muat Turun PDF)

Sidang Media Bersama DS Ismail Sabri & Dr Noor Hisham 5 Petang Ini