10 Kelebihan Bersedekah Berdasarkan Hadis & Al-Quran – JAKIM

10 Kelebihan Bersedekah Yang Disebutkan Dalam Hadis Dan Al-Quran

Sesungguhnya sangat banyak kelebihan dan ganjaran yang Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang bersedekah.

Oleh itu, janganlah berkira-berkira untuk memberi sedikit rezeki kita kepada golongan memerlukan.

Berikut dikongsikan kelebihan bersedekah berdasarkan hadis dan al-Quran yang dikongsikan oleh JAKIM.

Maksud Sedekah

Sedekah dalam Islam sangat luas dan bukan tertumpu dalam bentuk wang ringgit sahaja.

Konsep sedekah meliputi apa apa pemberian atau amal kebaikan dari segi rohani atau fizikal. Bahkan senyuman itu pun di kira sebagai sedekah.

Jadi janganlah kita membataskan pemikiran kita berkaitan sedekah ini hanya kepada duit semata mata. 

SEDEKAH, INFAQ & WAKAF

Ramai antara kita yang masih lagi keliru dan tidak pasti apakah yang membezakan antara sedekah, infaq dan juga wakaf. Adakah ketiga-tiga istilah ini merujuk kepada perkara yang sama? atau setiap daripada mereka mempunyai pengertian yang berbeza?

Jika dilihat, diawal perbincangan kita dalam artikel ini, kita telah mengupas maksud sedekah dari segi bahasa, Al-Quran, Al Sunnah dan juga istilah ulama. Secara amnya sedekah membawa maksud pemberian atau amal kebaikan yang diberikan dalam bentuk rohani atau fizikal.

Infaq pula membawa maksud membelanjakan harta kepada yang berhajat(Al-Jurjani). Dalam Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Maksudnya: (Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Perkataan ‘ينفقون’ dalam ayat ini, menurut pilihan Imam al-Tabari, merujuk kepada pensyariatan zakat dan pemberian nafkah kepada ahli keluarga yang ditanggung. (Rujuk Jami’ al-Bayan 1/244). Jadi, dapat disimpulkan bahawa maksud infaq dan sedekah itu adalah sama atau sinonim.

Wakaf pula dari sudut bahasa membawa maksud menahan sesuatu. Dari sudut istilah, ianya membawa maksud menahan harta yang boleh diambil darinya manfaat beserta mengekalkan ‘ain harta tersebut. Ianya menghilangkan pemilikan dan pengurusan harta tersebut dari pewakaf dan harta tersebut akan digunakan pada jalan yang dibenarkan ataupun keuntungan darinya (harta wakaf tersebut) digunakan untuk jalan kebaikan. Lihat Mughni al-Muhtaj, (2/376). Pahala orang yang berwakaf ini akan berkekalan selagi mana harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf. Wakaf juga disebut sebagai sedekah jariah.

10 Kelebihan Bersedekah

Antara kelebihan bersedekah iaitu Allah SWT akan memuliakan dan melipatgandakan pahala kepada orang yang suka bersedekah.

Daripada Adi bin Hatim RA, Dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sepotong kurma”

kelebihan bersedekah
Sumber infografik: Facebook JAKIM

Baca juga:

10 Kelebihan Sedekah Yang Disebutkan Dalam Al-Quran & Hadis

Selain yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi kelebihan bersedekah yang ada disebut dalam hadis dan al-Quran, antaranya:

  1. Harta Tidak Berkurang (HR Muslim 2588)
  2. Memperoleh Pahala Berlipat Kali Ganda (Surah al-Baqarah, 261)
  3. Bukti Keimanan kepada Allah SWT (HR Muslim, 223)
  4. Masuk Syurga Melalui Pintu Sedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764)
  5. Menghapuskan Dosa (HR At-Tirmidzi, 614)
  6. Selamat Dari Musibah (HR Imam Baihaqi, 4/189)
  7. Mendapat Naungan di Hari Akhirat (HR Al-Bukhari, 660)
  8. Ubat Kepada Penyakit (HR At-Tabrani, 10198)
  9. Menjauhkan Seseorang Daripada Api Neraka (HR Al-Bukhari, 3595)
  10. Terlindung Dari Mati Dalam Keadaan Buruk (As-Syuthi, 5126)
kelebihan bersedekah
Sumber infografik: Facebook JAKIM

Subhanallah, begitu banyak kelebihan bersedekah kan?

Maka, hulurkanlah sedikit bantuan dengan kudrat yang ada, paling mudah dan ringan senyumlah kerana sombong itu sifat yang tidak disukai Allah SWT bahkan menjauhkan punca rezeki.

Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan kita semua.

Semoga kita termasuk di kalangan sebahagian hambaNya yang gemar memberi dan mudah-mudahan amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah SWT.

Rujukan: PERKIM, JAKIM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: