Hukum Guna Apps Gambar Bergerak Pada Orang Yang Telah Meninggal Dunia – Ustaz Dusuki

Baru-baru ni viral dengan apps gambar bergerak yang membuat ramai teruja nak lihat kembali senyuman insan-insan yang dirindui secara ‘hidup’.

Aplikasi yang dikenali sebagai MyHeritage (dan banyak lagi aplikasi lain seumpamanya) tersebut dikatakan dapat menggerakkan gambar pegun kepada bergerak, seolah-olah ‘hidup’ kembali, malah boleh tersenyum sambil memandang kiri dan kanan.

Ramai yang teringin melihat kembali senyuman yang dirindui terutamany arwah ibu dan bapa sendiri.

Namun tak kurang juga yang was-was dengan hukumnya.

Baca juga: 14 Apps Pendidikan / Bahan Bantuan Mengajar (BBM) Untuk Anak (Bahasa Malaysia)

Hukum Guna Apps Gambar Bergerak Pada Gambar Orang Yang Meninggal Dunia

Dalam sebuah perkongsian, Ustaz Dusuki telah berkongsi pandangan beliau berkaitan hal ini.

Dalam video pendek berdurasi 0.59 saat itu, Ustaz Dusuki berpendapat bahawa seeloknya kita tidak terlibat dengan penggunaan apps untuk tujuan demikian.

Jelas Ustaz dalam video tersebut;

Ada satu hadis Rasulullah S.A.W. yang sebut akan ada nanti sesiapa yang membuat patung atau melukis gambar. Ia akan diarahkan oleh Allah S.W.T. supaya tiub balik roh patung atau gambar itu sendiri. Saya berpandangan bahawa sebaik-baiknya jangan kita terlibat dengan perkara demikian. Saya takut di akhirat nanti, di mana siapa yang terlibat dengan program seumpama ini di akhirat nanti, Allah suruh dia tiup roh pada gambar-gambar demikian.

Ustaz juga menasihatkan kita agar sebaiknya kita mendoakan orang yang telah meninggal dunia.

Ujar beliau:

Dah gambar itu tak bergerak jangan pula kita nak menggerakan gambar tersebut sehingga kita menimbulkan kenangan yang lalu. Bagi orang yang dah meninggal dunia, kita baca doa buat mereka. Moga Allah merahmati mereka dan kebaikan yang bertambah buat mereka bukan dengan cara kita nak ingatkan kenangan yang tidak membangkitkan kita.

Semoga perkara ini menjadi panduan buat kita semua.

Selagi ibu ayah dan insan yang kita sayangi masih ada, hargailah mereka sebaik-baiknya ya.

Baca juga: Cadangan Mansuh Cuti Penggal, Elak Murid Ketinggalan – MIMBAR

*Sumber: Tik Tok Ustaz Ahmad Dusuki

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: