Bahaya Kegunaan ‘Spray Gun’ Di Rumah

Jika sebelum ini kita biasakan menggunakan tisu basah atau spray kecil sebagai alat nyah infeksi COVID-19, tular pula penggunaan ‘SPRAY GUN’ yang juga alat dikatakan yang lebih canggih.

Namun begitu, sejauh manakah keberkesanannya?

Secara keseluruhan, penggunaan nyah infeksi jenis ‘spray gun’ dapat membantu mencegah COVID-19. Namun ia belum tentu selamat untuk digunakan terutamanya apabila digunakan di rumah.

Menurut Dr Izzar Anwari, ada risiko keselamatan yang ibu bapa perlu tahu apabila menggunakan alat ini di rumah.

Di pasaran ada banyak jenis produk ‘spray gun’ untuk nyah infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah dijual. Antaranya ‘fogger’, ‘electrostatic sprayer’, ‘misters’, atau ‘vaporizer’.

Alat semburan ini berfungsi dengan menukar cecair kimia disinfeksi ke bentuk aerosol.

Apabila kawasan itu tidak mempunyai sistem pengalihan udara yang bagus, lalu ianya akan berada lama di ruang udara.

Jadi jika kita terdedah dengan bahan kimia dalam bentuk aerosol ini terlalu lama ianya boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.

Walaubagaimanapun, penggunaan produk ini tidak dihalang untuk digunakan, digalakkan atau tidak digalakkan namun jika ia digunakan hendaklah digunakan dengan berhati-hati.

Langkah Berhati-hati yang perlu diambil jika ‘electrostatic sprayer’ atau ‘fogger digunakan :

  1. Perlu digunakan oleh orang yang terlatih.
  2. Menggunakan bahan kimia yang diluluskan.
  3. Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, masa penggunaan)
  4. Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan pengendali, orang di sekeliling, dan pengguna bilik selepas itu.
  5. Guna dengan sangat berhati-hati jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak-anak bermain.

Kena tahu dan fahami risiko:

  1. Pendedahan kepada bahan kimia nyah infeksi dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan.
  2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
  3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang lakukannya.

Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun sudah cukup untuk mengurangkan dan mencegah infeksi COVID-19.

Sebagai langkah tambah, anda boleh lakukan disinfeksi dengan kaedah seperti lap dengan cecair, tisu basah atau botol semburan disinfeksi kecil yang biasa digunakan.

Walaupun ianya tidak secanggih seperti menggunakan ‘spray gun’, namun ianya lebih selamat.

Menurut Dr Izzar Anwari, penggunaan ‘spray gun’ di rumah dalah tidak perlu kerana ianya mempunyai risiko yang tinggi jikga tidak tahu dan menggunakannya cara yang salah.

Sumber: Dr Izzar Anwari

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: