Doa-doa Ketika Berbuka Puasa Ramadan (Seorang / Ramai)

DOA BERBUKA PUASA RAMADAN

Di dalam agama, kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab.

Berikut dikongsikan beberapa kelebihan doa orang berpuasa dan doa berbuka puasa Ramadan (atau apa-apa jenis puasa lain) yang boleh kita amalkan bersama.

Kelebihan Doa Orang Berpuasa

Doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab.

Sabda Baginda Nabi s.a.w:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَالإِمَامُ الْعَادِلُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.

Hadith Riwayat Tirmizi (3598)

Menurut Imam Nawawi, hadith ini menunjukkan anjuran kepada kita agar memperbanyakkan doa sewaktu berpuasa dari bermulanya puasa hingga ke akhirnya.

Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (6/375)

Baca juga: 11 Makanan Sahur Yang Mengenyangkan, Tahan Lebih Lama & Bertenaga

Cara Membaca Doa Berbuka Puasa

Cara membaca doa ketika hampir berbuka puasa adalah seperti berikut:

i) Sebelum berbuka

Membaca apa jua doa yang berkaitan dengan kelebihan dunia dan akhirat samada untuk diri sendiri, kaum keluarga, sahabat handai dan untuk seluruh kaum Muslimin.

Hal ini termasuk di bawah perintah umum dan anjuran agar memperbanyakkan doa sewaktu sedang berpuasa.

ii) Sejurus selepas berbuka

Membaca doa yang warid daripada Nabi s.a.w iaitu:

اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت

Maksudnya: Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki dari-Mu aku berbuka.

Sunan Abi Dawud (2358)

Doa ini adalah paling popular dan sering dibacakan sama ada secara sendirian atau beramai-ramai dalam majlis.

DOA BERBUKA PUASA SENDIRIAN

doa berbuka puasa
Kredit: SINAR.my

DOA BERBUKA PUASA RAMAI

doa berbuka puasa
Kredit: SINAR.my

NOTA:

Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]

Namun Mufti WP berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW.

Baca juga: Panduan Solat Sunat Tahajjud Ringkas Beserta Doa & Qiamullail (JAKIM)

DOA BUKA PUASA BERDASARKAN HADIS / SUNNAH

Doa yang lebih sahih dan bersandarkan sunnah adalah doa buka puasa seperti di bawah:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى

(Dzahabaz zhama’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru, insyaallahu taala)

Maksudnya: Telah hilanglah dahaga, urat-urat telah basah, dan telah terhasil pahala, insyaAllah.

Sumber: JAKIM

Sunan Abi Dawud (2357)

Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami dan Imam Ramli, doa ini dibaca sejurus selepas berbuka (عقب), bukan sebelumnya.

(Rujuk Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj, 3/435 dan Imam Ramli dalam Nihayatul Muhtaj, 3/183. Doa-doa ini turut disebut oleh Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Azkaar)

Antara doa yang bagus untuk dibaca ialah seperti doa ‘Abdullah ibn ‘Amru sewaktu berbuka puasa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي

Maksudnya: Wahai Allah, sesungguhnya aku memohon dengan rahmat-Mu yang meliputi segala perkara, agar Engkau mengampuniku.

Sunan Ibn Majah (1753)

RUJUKAN:

Waktu Doa Mustajab: Cadangan Doa-doa Yang Boleh Dibacakan

Selain membacakan doa di atas ini, kita juga digalakkan memperbanyak lagi permohonan doa saat menjelang berbuka puasa kerana ia termasuk antara waktu yang mustajab berdoa.

Contoh cadangan doa menjelang berbuka dan ketika bersahur yang boleh dibacakan:

DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
(Dibaca 10-15 minit sebelum berbuka puasa)

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Allahhumma Ya Rabb, di petang yang penuh barakah ini, kami memohon pada Mu agar kami senantiasa beroleh taufik dan hidayah dari Mu.

Ya Allah, ampunilah kami, rahmatilah kami, anugerahilah kami kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak.
Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari mendatang agar kami senantiasa beroleh segala kebaikan dan kejayaan.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami hingga kami dapat berpuasa penuh dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini pada tahun ini dan pada tahun2 akan datang dan bertemu dengan Lailatul Qadar.

Ya Allah, perelokkanlah akhlak kami dan anugerahkan kami keluarga yg beroleh Mawaddah, Sakinah dan Rahmah serta berkatilah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. Kekalkanlah ukhwah dan silaturahim sesama kami dan berilah kemuliaan kpd kami di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Engkau ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pasangan kami, keluarga kami, saudara kami, sahabat kami dan guru kami. Lindungilah kami dan ahli keluarga kami daripada gangguan syaitan, fitnah dunia dan fitnah Dajjal.

Ya Allah, anugerahkanlah kami a’fiah dan lindungilah kami dan warga bumi ini dari wabak Corona Virus yg masih melanda sekarang ini. Engkau angkatkanlah dan lenyapkanlah wabak ini yg sedang melanda bumi kami Malaysia dan seluruh dunia.

Ya Allah, kami memohon di akhir usia kami nanti kami mendapat Husnul Khatimah. Selamatkanlah kami dari azab sakaratul maut, azab kubur, azab di Masyar dan azab api neraka. Jadikanlah kami golongan yg mendapat Syafaat Nabi Muhammad SAW dan dimasukkan kami ke dalam Jannatul Firdaus tanpa hisab.

Ya Allah berilah taufik dan hidayah kepada umatMu yang belum Islam dan juga kepada pemimpin, rakan dan jiran kami yang masih belum menerima Islam dengan sepenuhnya.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Berikut disenaraikan juga cadangan doa menjelang waktu berbuka atau sahur :

  1. Bertambah iman
  2. Sihat tubuh badan
  3. Mati yang baik.
  4. Murah rezeki.
  5. Anak soleh.
  6. Keluarga bahagia.
  7. Rahmat ALLAH.
  8. Jauh azab kubur.
  9. Lapang dada.
  10. Kekalkan iman.
  11. Ampunkan dosa.
  12. Anak2 berjaya.
  13. Perniagaan yg diberkati.
  14. Jauhi segala penyakit.
  15. Ibadat diterima.
  16. Mudah segala urusan.
  17. Diterima taubat.
  18. Lapangkan kubur.
  19. Mudah bayar hutang.
  20. Lailatulqadar.
  21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
  22. Syurga Firdaus.
  23. Jauhi neraka.
  24. Terima kitab tgn kanan.
  25. Selamat meniti Sirat.
  26. Selamat fitnah Dajal.
  27. Ketenangan hati.
  28. Doa ibubapa.
  29. Keluarga yang dirikan solat.
  30. Diterima puasa Ramadhan.

Baca juga: 10 Doa Pilihan Menjelang Waktu Berbuka Puasa Yang Ringkas & Padat

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: