in

Azan 3 Minit Awal, Masjid Di Gombak Mohon Maaf Puasa Jemaah Terbatal

ADVERTISEMENT

KESILAPAN AZAN MAGHRIB 3 MINIT AWAL DI MASJID AL-KHAIRIYAH

GOMBAK – Pengurusan Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar pada Isnin lalu.

Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi berkata, situasi itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Difahamkan bahawa azan maghrib pada 19 April 2021 yang lepas terawal 3 minit berbanding waktu asal, di mana pihak masjid telah menyebarkan sebuah notis dan menjadi tular di media sosial.

Pihak masjid kemudiannya mengesahkan notis yang tersebar itu.

Bagi anda yang masih belum menyelaraskan waktu di jam dinding, jam tangan atau telefon bimbit, sila pastikan anda berbuat demikian dengan merujuk Waktu Standard Malaysia.

Semoga ianya menjawab persoalan mengenai kesahihan notis tersebut. Bagi jemaah atau qariah yang masih belum menerima notis tersebut, sila rujuk di bawah.

Azan 3 minit awal

KENYATAAN RASMI MASJID AL-KHAIRIYAH
.
Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Tmn Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga (3) minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin @ 7 Ramadhan 1442 @ 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.

Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’.

Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.

Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017
.
Sekali lagi kami mohon maaf dan Insyaallah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi
.
Hj Wan Nawawi
Nazir Masjid
20/4/2021 @ 6.30pm

*Sumber: MStar.com.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komuniti guru digital learning

DELIMa KPM: Modul Komuniti Guru Digital Learning (KGDL) & Tips PdPR

Royal Sporting House Tawarkan Diskaun Sehingga 65% Untuk Produk Terpilih Di Lazada