Takbir Raya Aidilfitri Beserta Maksud (Teks Bacaan Dalam Arab & Rumi)
Salah satu cara untuk menghidupkan malam raya adalah dengan melafazkan takbir raya aidilfitri.
Sabda Rasulullah: Barang siapa menghidupkan (dengan ibadah) pada malam dua hari raya kerana mengharap pahala Allah, maka hatinya tidak akan mati di hari semua hati mati. – [HR Ibn Majah 1772].
Berikut dikongsikan serba sedikit tentang panduan takbir raya aidilfitri dan maksudnya yang lengkap untuk makluman bersama.
Tujuan Bertakbir
Tujuan melaungkan takbir adalah untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh Syarak untuk merayakannya.
Inilah syiar dan simbol agama kita yang hendaklah kita sungguh-sungguh meraikannya sebagai tanda komitmen dan kepatuhan kita kepada Tuhan yang Esa.
Waktu Takbir Raya Aidilfitri
Takbir Hari Raya Aidilfitri atau Takbir Mutlak / Takbir Mursal bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, iaitu apabila masuk waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratulihram bagi solat Hari Raya Aidilfitri.
Berikut adalah lafaz takbir raya Aidilfitri untuk panduan bersama:
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ , وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ , صَدَقَ وَعْدَهُ , وَنَصَرَ عَبْدَهُ , وَأَعَزَّ جُنْدَهُ , وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ , اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Maksudnya:
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.”
“Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian.
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian”
Baca juga: Niat Puasa 6 Syawal & Hukum Gabung Puasa Ganti (Qadha’) Serentak
BACAAN TAKBIR RAYA (RUMI)
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , (3 kali)
Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila .
La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,
La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah, mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.
La illaha il Allahu wallahu Akbar, Allahu Akbar walillahil Hamd
Baca juga: Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah & Amalan Sunat Malam Raya
Akhir kata, marilah kita sama-sama mengimarahkan malam raya dengan melakukan ibadah-ibadah yang sesuai dengan sunnah.
Baginda Rasulullah juga menyatakan bahawa orang yang menghidupkan malam raya itu maka hatinya tidak akan mati.
Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 185: Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Semoga bermanfaat.