Panduan Solat Sunat Aidilfitri, Doa & Amalan Sunat Malam Raya

PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI (Rujukan dari JAKIM & JAIS)

Dengan kelonggaran SOP yang diberikan, kini umat Islam di Malaysia boleh menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid, surau dan tempat terbuka tanpa penjarakan sosial.

Berikut dikongsikan panduan dan tatacara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri yang ringkas dan mudah beserta amalan sunat, teks takbir dan doa yang boleh dibacakan bersama keluarga pada malam Hari Raya.

Baca juga: Takbir Raya Aidilfitri Beserta Maksud (Teks Bacaan Dalam Arab & Rumi)

Pengenalan

Solat Sunat Aidilfitri adalah solat yang sangat digalakkan atau Sunnah Muakkadah. Menurut para ‘Ulama’, ia dianggap sebagai salah satu Sunnah yang paling diutamakan di antara Solat-solat Sunnah (nawafil) yang lain. Rasulullah s.a.w. tidak pernah terlepas untuk melaksanakannya sejak ia disyariatkan bagi umat Islam untuk menunaikannya.

Solat Sunat Aidilfitri sesuai dilaksanakan secara berjemaah. Namun, ia juga boleh dilaksanakan di rumah.

Waktu untuk melaksanakan Solat Sunat Aidilfitri adalah pada hari pertama bulan Syawal, apabila matahari telah terbit sekitar 30 minit selepas waktu Syuruq, iaitu sekitar jam 7:30 pagi, sehingga sebelum waktu Solat Zohor.

Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu :

  • bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan
  • lima kali pada rakaat yang kedua,
  • disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

Lafaz tasbih yang dibacakan adalah seperti berikut:
[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

Lafaz Niat Solat Sunat Aidilfitri

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan li Aidil Fitri rak’ataini makmuman / imaman lillahi ta’ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum / imam/ sendirian kerana Allah Ta’ala.

Baca juga: Niat Puasa 6 Syawal & Niat Gabung Puasa Ganti (Qadha’) Serentak

Cara Menunaikannya

Rakaat Pertama

  1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

  1. Membaca doa iftitah
  2. Lafaz takbir 7 kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
    [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

  1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
  2. Lafaz takbir 5 kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar
    [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  6. Memberi salam

Infografik: Panduan Solat Sunat Aidilfitri

Berikut adalah ringkasan infografik Panduan Solat Sunat Aidilfitri untuk memudahkan rujukan anda:

panduan solat sunat aidilfitri
panduan solat sunat aidilfitri
panduan solat sunat aidilfitri

Download : Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri (Versi PDF)

Untuk mendapatkan versi PDF bagi panduan solat sunat aidilftiri di atas, sila muat turun fail di bawah:

atau

Sila download melalui Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pautan berikut https://www.jais.gov.my/userfiles/user/Panduan-Solat-Eidulfitri-2021/1442H.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: