in

SOP Solat Jumaat / Tarawih & Had Jemaah Di Daerah PKP Selangor

ADVERTISEMENT

Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor mengeluarkan ketetapan baharu bilangan jemaah solat fardu lima waktu, solat Jumaat dan solat sunat tarawih di semua masjid dan surau di enam daerah di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang dan Kuala Langat.

SOP Solat Jumaat Selangor Di Kawasan PKP

Baca juga: Perincian SOP PKP Di Selangor Mulai 6 Mei Hingga 17 Mei 2021

Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan memaklumkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, seramai 500 orang termasuk pentadbir dibenarkan menunaikan solat Jumaat manakala solat fardu dihadkan kepada 200 jemaah termasuk pentadbir.

Bagi solat sunat tarawih, bilangan jemaah dihadkan seramai 600 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah manakala 550 jemaah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.

Menurut kenyataan itu, bagi Masjid Pengurusan dan Masjid Kariah, solat Jumaat dihadkan kepada 100 orang dan solat fardu 100 jemaah manakala 100 jemaah muslimin dibenarkan untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid berkenaan.

Seramai 200 jemaah pula dihadkan untuk solat Jumaat, solat fardu (200) dan solat sunat tarawih (200 muslimin) di Masjid Institusi manakala di Surau Solat Jemaah, seramai 50 orang dihadkan untuk menunaikan solat Jumaat, solat fardu (50) dan solat sunat tarawih (50 muslimin).

Berikut adalah ringkasan SOP Solat Jumaat Selangor dan ketetapan had jemaah bagi daerah yang terlibat di kawasan PKP.

Baca juga: Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Rumah / Majlis

*Sumber: BERNAMA

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sempena Raya Yang Bakal Menjelma, Nike Mengadakan Sales Sehingga 50% Di Lazada!

Jenama Kelen Munoz Tawarkan Sales Sehingga 70% Di Lazada!