Cara Buat QR Code MySejahtera Untuk Rumah / Majlis
CARA BUAT QR CODE MYSEJAHTERA (KOD QR) UNTUK RUMAH / MAJLIS
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Kepada rakan-rakan yang nak buat QR Code untuk raya / majlis kahwin/ apa-apa majlis /kedai makan /apa-apa jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi boleh ikut langkah ini.
Dengan QR CodeMySejahtera juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti.
SOP MKN juga menetapkan bahawa semua majlis / kedai perlu buat kod QR ni.
Jadi bila ada pengunjung, terus scan je dengan menggunakan sistem MySejahtera tanpa perlu tulis di buku.
Di sini kami kongsikan cara mcm mana nak sign up. Senang sangat tau.
Ada 6 step semua.
Cara Daftar QR Code MySejahtera Untuk Rumah / Majlis
Langkah 1 : Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
Anda akan dibawa ke paparan ini.
Langkah 2 : Isikan nombor telefon untuk mendaftar
Langkah 3 : Masukkan Kod Pengesahan OTP
Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon yang kita daftarkan tadi.
Ini contoh SMS yang akan diterima. So make sure ada phone dekat dengan kita masa mendaftar QR Code MySejahtera untuk rumah / majlis ni ya.
Langkah 4 : Masukkan butiran selanjutnya.
Memang tulis kat situ ‘Company Profile’, tapi kita just isikan alamat rumah sendiri dan tulis ‘Business Name’ tu sebagai ‘Rumah Pak Mat’ dan sebagainya.
Langkah 5 : Save QR Code
Dah siap QR code ni, bolehlah kita pilih sama ada nak save dalam phone / email dulu atau terus print.
Langkah 6 : Cetak
Boleh terus print dan laminate. Letakkan di pintu rumah.
Baca juga : SOP Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 Di Kawasan PKP, PKPB & PKPP
Update: Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yg kita nak update.
*Kredit : Normazila Miela