Maulidur Rasul 2022: Tarikh Cuti, Tema & Teks Selawat Nabi
TARIKH / TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2022 DI MALAYSIA & TEKS SELAWAT NABI
Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, menurut pandangan sebahagian ulamak seperti Imam al-Suyuti beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul.
Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia.
Sabda Baginda yang bermaksud:
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali”
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Berikut kami kongsikan skrip / teks bacaan Selawat Maulidur Rasul yang boleh dibaca dan dicetak untuk kegunaan bersama.
Tarikh Sambutan Maulidur Rasul 1444H / 2022 Di Malaysia
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) bagi tahun 2022 jatuh pada 9 Oktober 2022 (Ahad).
Hari ini merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia) dan cuti ganti akan diberikan pada hari Isnin memandangkan hari Ahad adalah cuti bagi negeri Kumpulan B.
Memandangkan ia jatuh pada hari Ahad tahun ini, maka cuti ini akan dibawa ke hari Isnin, 10 Oktober 2022 bagi Kumpulan B.
Tema 2021 : “MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI”
Tema 2022 : “KELUARGA MALAYSIA PEMANGKIN KEMAKMURAN”
Jom kita teruskan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
SELAWAT MAULIDURRASUL
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan.
Baca juga: Cara Buat Potongan Gaji Setiap Bulan Ke Tabung Haji (Direct Debit)
Muat Turun Skrip Selawat Maulidur Rasul PDF
*Sumber rujukan / teks PDF Maulidur Rasul beserta maksud: PERKIM, MAIS
Baca juga: Doa Dapat Jodoh Yang Baik (Untuk Pasangan Lelaki & Perempuan)