Cara Buat Potongan Gaji Setiap Bulan Ke Tabung Haji (Direct Debit)
CARA BUAT POTONGAN GAJI BULANAN KE TABUNG HAJI (DIRECT DEBIT) UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH KONSISTEN
Ramai antara kita yang dah daftar Tabung Haji tapi mungkin terlupa atau tak ingat nak depositkan simpanan ke Tabung Haji setiap bulan.
Ada yang lebih suka menyimpan secara manual sebab malas nak ingat nombor akaun dan bank in setiap bulan.
Tapi tahukah anda, kita boleh buat potongan gaji setiap bulan saja untuk memudahkan pemindahan wang dari akaun bank kita ke akaun Tabung Haji secara automatik!
Lagi mudahlah sebab kita dah tak perlu nak login dan transfer setiap bulan. Memang takkan ada lagi alasan terlupa dan lebih semangat nak menyimpan kan?
Kita juga boleh melatih diri lebih disiplin menyimpan sebab ianya dah disetkan setiap bulan.
Jom kami kongsikan cara buat potongan gaji (pemindahan direct debit) dari akaun bank ke akaun Tabung Haji setiap bulan melalui THiJARI.
Cara Buat Potongan Gaji Bulanan Tabung Haji (Direct Debit)
Rancang simpanan untuk keluarga yang tersayang dengan membuat potongan gaji secara bulanan.
Serendah seringgit sehari, mulakan potongan gaji dengan hanya RM30 sebulan. Sedikit-sedikit, pasti akan jadi bukit.
Simpanan jangka masa panjang akan memberikan pulangan dan jaminan masa depan.
Mulakan potongan gaji anda hari ini, kini lebih mudah menyimpan di TH!
Rujuk langkah di bawah:
- Log masuk ke THiJARI (www.thijari.com.my)
*Jika anda belum ada akaun THiJARI (Tabung Haji Online) sila rujuk sini : Cara Daftar Tabung Haji Online (THiJARI) Tanpa Ke Kaunter - Tekan menu ‘Pindahan’
- Kemudian pilih ‘Pendaftaran Direct Debit – Bank Akaun Ke TH’
- Isikan maklumat akaun TH yang kita nak masukkan duit setiap bulan dan juga bank yang kita nak potong gaji (boleh pilih senarai bank).
- Tetapkan frekuensi (maksudnya boleh pilih sama ada nak potong setiap bulan, setiap 2 bulan atau sebagainya).
- Anda akan dibawa ke akaun bank yang dipilih, kemudian buat pengesahan TAC.
- Setelah berjaya, anda akan terima notifikasi.
- Selesai! Akaun bank anda kini dah disetkan untuk potongan gaji ke Tabung Haji setiap bulan.
Rujuk gambar di bawah untuk mudah faham.
LANGKAH 1
Log masuk ke THiJARI (www.thijari.com.my)
LANGKAH 2
Tekan menu ‘Pindahan’
(Tengok anak panah merah).
LANGKAH 3
Klik pada Pendaftaran Direct Debit.
LANGKAH 4
Isikan maklumat akaun bank dengan butiran yang betul.
*Boleh pilih nak potong gaji untuk simpan ke akaun TH sendiri atau akaun TH anak atau akaun sesiapa saja.
Jika akaun anak didaftarkan bawah nama kita, pilih pada Akaun Persendirian. Jika akaun anak tidak didaftarkan bawah nama kita (contohnya bawah nama suami / isteri), boleh pilih Akaun Pihak Ketiga.
Kemudian masukkan nombor akaun TH yang kita nak masukkan gaji setiap bulan.
Selepas tu masukkan juga nombor telefon, e-mel dan pastikan nombor MyKad tu betul.
LANGKAH 5
Boleh tetapkan potongan ikut kekerapan yang kita pilih, saya pilih setiap bulan. Setkan di bahagian Frekuensi.
OK nanti lepas ni anda akan dibawa ke akaun bank online banking (langkah tu saya tak tunjukkan step by step kat sini).
Caranya macam biasa, kita kena login dan sahkan nombor TAC.
LANGKAH 6
Akhir sekali, bila dah berjaya, kita akan dapat notifikasi macam ni.
Selesai!
Jangan risau, katalah selepas 2-3 bulan tu kita rasa nak stop buat direct debit ni, atau nak tambah atau kurangkan amaun yang dipotong dari gaji – boleh edit bila-bila masa.
Nak buat pembatalan terus pun boleh.
Pergi saja ke menu Pindahan > Penyelenggaraan Direct Debit
Boleh rujuk paparan di bawah:
Mudah kan?
Lepas ni bolehlah kita buat potongan gaji Tabung Haji dengan mudah.
Mudah-mudahan langkah ini juga dapat membantu kita menyimpan dengan lebih konsisten setiap bulan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Tak Payah Ke Kaunter, Ini Cara Simpan Duit Anak Ke Tabung Haji Tanpa Caj!
Maklumat lanjut: https://www.tabunghaji.gov.my/en/savings/faq/thijari-faq