Cara Buat Kad Bank Baharu Secara Atas Talian Sahaja!

Di waktu wabak pandemik ini apabila kehilangan kad bank pastinya membuatkan kita runsing kerana untuk datang ke bank membuat kad baru pastinya ramai orang.

Ini disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan adalah tidak selamat untuk kita keluar ke rumah ke tempat-tempat berkumpulnya orang ramai seperti di bank.

Sebenarnya tahukah anda jika anda kehilangan kad bank, anda boleh membuat permohonan baru hanya secara atas talian.

Wanita bernama Aziah Sabri ini berkongsi di laman sosial bagaimana anda boleh membuat permohonan kad bank baharu sekiranya kad bank hilang, nak tukar baharu kerana kad bank cip rosok,

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun maybank anda. Pastikan anda sudahpun membuat online banking dahalu, baru boleh log masuk ke akaun.

LANGKAH 2

Setelah log masuk, klik pada setting.

LANGKAH 3

Klik pada arah ke bawah untuk lihat lagi pilihan.

LANGKAH 4

Klik pada butang cards.

LANGKAH 5

Selepas klik pada butang cards, akan terpapar pilihan seperti gambar di bawah. Klik pada butang debit card – replace, active & block.

Selepas tu ikut arahan yang diberi dengan mengisi alamat untuk kad di pos ke rumah. Anda akan diminta untuk meminta dan mengisi TAC sebagai proses pengesahan.

Pastikan anda ada RM12 di dalam akaun anda sebagai caj gantian kad baharu.

LANGKAH 6

Setelah berjaya membuat pengesahan TAC, pihak Maybank akan menghantar mesej seperti di bawah. Anda akan menerima kad debut anda dalam masa 9 hari waktu bekerja.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: