Cara Semak Penyata Tabung Haji (TH) Online
Cara Buat Semakan Penyata Tabung Haji (TH) Online
Semenjak kes duit hilang di bank, ramai risau hilang duit simpanan di Tabung Haji. Malah ada yang minta diadakan semula buku simpanan Tabung haji.
Sebenarnya kita boleh periksa sendiri maklumat wang keluar masuk dan cetak penyata kewangan simpanan Tabung Haji kita melalui THiJARI.
Caranya mudah saja dan boleh dilakukan secara online tanpa ke kaunter ya.
Jom kami kongsikan caranya.
Cara Semak Penyata Tabung Haji (TH) Online
Bagi sahabat-sahabat yang ingin buat semakan untuk diri sendiri atau ibu ayah, anda boleh check melalui menu “Ringkasan Akaun”.
Caranya:
- Install Apps THiJARI. Log in dan masukkan password.
- Laman utama ada “Selamat datang”
- Tekan menu di sebelah kiri atas.
- Tekan Ringkasan Akaun
- Tekan nama yang mahu dicetak penyata.
- Kemudian ada pilihan “Sejarah Transaksi” di sebelah kiri, dan “Penyata Akaun” di sebelah kanan.
TEKAN “Penyata Akaun”. - Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan.
Selesai!
Benda mudah boleh cetak sendiri kenapa perlu pergi Tabung Haji?
Rujuk panduan bergambar di bawah:
LANGKAH 1
Install Apps THiJARI. Log in dan masukkan password.
LANGKAH 2
Laman utama ada “Selamat datang”.
Tekan menu di sebelah kiri atas.
LANGKAH 3
Tekan Ringkasan Akaun
LANGKAH 4
Tekan nama yang mahu dicetak penyata.
LANGKAH 5
Kemudian ada pilihan “Sejarah Transaksi” di sebelah kiri, dan “Penyata Akaun” di sebelah kanan.
TEKAN “Penyata Akaun”.
LANGKAH 6
Pilih nak muat turun PDF dan cetak mengikut bulan.
LANGKAH 7
Selesai. Beginilah rupa penyata akaun Tabung Haji.
(Kredit: Facebook Azila Mohd Kasim)
TERBARU PENIPUAN URUSAN HAJI
Pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.
Tabung Haji tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.
Rayuan Musim Haji Tahun 2023M belum dibuka.
Harap maklum!
Baca juga: MySPR 2022 : Semakan Daftar Pemilih & Tukar Tempat Mengundi