i-Lindung KWSP : Syarat & Cara Permohonan

i-Lindung adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim terbaharu daripada KWSP ini.

Apakah i-Lindung KWSP?

i-Lindung adalah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) untuk memberi kemudahan bagi pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang membenarkan ahli untuk melakukan pengeluaran dari Akaun 2 bagi membeli produk insurans dan menyertai produk takaful dari syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.

Perlindungan yang ditawarkan di bawah i-Lindung terdiri daripada perlindungan hayat dan penyakit kritikal.

Premium/sumbangan adalah bergantung kepada SIT dan produk yang dipilih. Faktor-faktor yang akan menentukan harga adalah tertakluk kepada umur (umur pada hari jadi berikutnya/umur pada hari jadi terakhir bergantung pada SIT), jantina, status perokok (jika ada) dan jumlah perlindungan yang dipilih semasa permohonan.

KELEBIHAN

  1. Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa keperluan pemeriksaan kesihatan
  2. Dapatkan sebut harga bagi setiap produk yang ditawarkan secara dalam talian
  3. Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
  4. Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan
  5. Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua

Syarat-syarat kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pengguna i-Akaun (Ahli)
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP

Jenis Perlindungan Yang Ditawarkan

  1. Perlindungan Hayat
  2. Perlindungan Penyakit Kritikal

Cara Permohonan i-Lindung KWSP

Log masuk ke i-Akaun (Ahli) > klik pada tab i-Lindung > pilih produk yang ditawarkan oleh SIT > lengkapkan maklumat di portal SIT > kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP > penerimaan penyata maklumat dari SIT.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil anda akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polisi/sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.

Anda dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran anda di bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil anda.

i-lindung kwsp
i-lindung kwsp
i-lindung  kwsp

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-lindung

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: