Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bulan Disember 2021

TARIKH BAYARAN ICITRA DISEMBER 2021 (BAYARAN TERAKHIR)

.Ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman tarikh bayaran i-Citra bulan Disember 2021 melalui laman sosial Facebook KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

Menurut KWSP, bayaran iCitra Disember akan dibuat secara berperingkat mulai 1 Disember 2021. Namun tarikh bayaran anda mungkin berbeza daripada bulan sebelum ini.

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank.

(Jadi, dijangkakan paling awal lebih kurang 2-5 Disember bayaran akan masuk bank.)

Bagi yang belum tahu, pembayaran i-Citra akan dibuat dengan kadar maksimum RM1000 sebulan selama 5 bulan (bergantung kepada baki dalam akaun masing-masing).

Tahukah anda bagaimana cara untuk membuat semakan status dan melihat jadual pembayaran yang ditetapkan?

Jom kami kongsikan caranya di bawah.

Cara Semakan Status i-Citra

Untuk membuat semakan status i-Citra, pemohon boleh menggunakan 2 kaedah semakan online iaitu:

A) MELALUI LAMAN WEB ICITRA KWSP

Rujuk cara membuat semakan seperti berikut:

  1. Layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Tekan menu Semakan Status
  3. Masukkan nombor MYKad dan Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Tekan butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.

B) MELALUI LAMAN WEB I-AKAUN KWSP

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud LULUS.
tarikh bayaran i-citra ogos

Baca juga: Lupa Kata Laluan (Password) / ID i-Akaun KWSP : Langkah Kemaskini

Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun

Untuk memudahkan semakan TARIKH BAYARAN i-Citra anda, sila semak login terus ke aplikasi i-Akaun KWSP anda.

Rujuk cara semakan seperti di bawah:

  1. Buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
  3. Klik pada pada menu “Withdrawal History” dan “i-Citra”.
  4. Tarikh pengeluaran pertama akan dipaparkan seperti di bawah.

Maklumat Lanjut

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Baca juga: Cara Buat Temujanji Online JPJ Negeri / Cawangan (Mulai 20 Julai)

Jika anda tidak dapat membuat permohonan i-Citra kerana nombor telefon lama sudah tidak aktif, sila rujuk artikel ini:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: