i-Sinar Tanpa Syarat: Permohonan Baru & Semakan Bayaran Mulai 8 Mac

permohonan baru isinar tanpa syarat

SEMAKAN KELULUSAN / PERMOHONAN PENGELUARAN iSINAR TANPA SYARAT MULAI 8 FEBRUARI 2021

Susulan pengumuman Kementerian Kewangan yang mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar, status kelulusan akan mula diberikan kepada pemohon mulai 8 Mac 2021.

Ahli yang belum menerima bayaran, mereka akan terus diberikan bayaran pertama tanpa bayaran interim seperti mereka yang telah diluluskan Kategori 2 sebelum ini.

Sementara itu, permohonan baharu dan pindaan maklumat juga boleh dibuat melalui laman web i-Sinar yang dikemaskini mulai 8 Mac.

Kriteria Permohonan Baharu Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat

Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu kelulusan akan diberikan kepada semua ahli tanpa syarat khusus seperti sebelum ini.

Kriteria permohonan baharu mulai 8 Mac adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150

Maksud Status Yang Dipaparkan / Tindakan

Bagi ahli yang telah memohon, anda mungkin akan menerima beberapa status berikut:

Status permohonan

  • ‘Sedang Diproses’ – Anda tidak perlu membuat permohonan semula kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan tanpa syarat.
  • ‘Muat Naik Dokumen Sokongan’ – Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses
  • ‘Tidak Berjaya’ – Anda boleh memohon semula mulai 8 Mac 2021.
  • ‘Permintaan Pembatalan Permohonan Anda Berjaya’ – Sila hubungi Talian Hotline i-Sinar 03-8922 4848

Jumlah Pengeluaran iSinar Tanpa Syarat & Kaedah Pembayaran

Jumlah pengeluaran i-Sinar yang akan diluluskan tanpa syarat adalah kekal seperti sebelum ini iaitu:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Sila rujuk jadual terkini oleh KWSP seperti berikut:

isinar tanpa syarat

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Baca juga: Cara Check Tarikh Pembayaran i-Sinar Masuk Bank (Jadual Bulanan)

Cara Semakan Status Kelulusan iSinar & Tarikh Bayaran

Cara Semakan Status i-Sinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan akan dipaparkan

Cara Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun

Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui i-Akaun di laman web https://kwsp.gov.my atau melalui apps tersebut.

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
  2. Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian WITHDRAWAL
  4. Klik WITHDRAWAL HISTORY
  5. Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran seperti di bawah.
tarikh pembayaran isinar

Pindaan Amaun

Mulai 8 Mac juga, anda boleh membuat pindaan amaun dan maklumat berkaitan pembayaran.

Sili klik ikon ‘Pindaan Pengeluaran’ yang berwarna ungu di bawah:

tukar amaun isinar online

Anda boleh membuat pindaan maklumat dan menambah jumlah pengeluaran sehingga had maksimum yang ditetapkan.

Info lanjut: Cara Tukar Amaun i-Sinar Online Mulai 8 Mac 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter