Cara Transfer Duit CIMB Ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik

Cara Transfer CIMB ke Tabung Haji setiap bulan secara automatik dengan mudah secara online.

Ini cara paling mudah untuk kita menyimpan tanpa banyak alasan.

Maklumlah, kalau setiap bulan nak kena transfer secara manual mungkin kita tak berapa disiplin atau terlupa.

Jadi kalau nak transfer duit dari CIMB ke Tabung Haji secara automatik, kita boleh setkan di CIMBClicks siap-siap.

Baca juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

Ini caranya yang dikongsikan oleh saudari Nur Aliah Mohd Nor menerusi Facebook.

Cara Transfer CIMB ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik

Ada beberapa langkah untuk set auto-transfer di CIMB ni.

Cara SET AS FAVOURITE

Mula-mula kita kena SET AS FAVOURITE dulu.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Login CIMBclicks.
  2. Pergi ke Pay Bills
  3. Taipkan “enter biller name” itu kepada Lembaga Tabung Haji.
  4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
  5. Masukkan nombor kad pengenalan
  6. Letak berapa amount yang anda nak transfer
  7. Tick “Add this biller to My favourites”.
  8. Kemudian tekan butang “Proceed to Payment”.
  9. Tunggu nombor TAC dari handphone anda
  10. Tekan “Confirm” lepas dah masukkan nombor TAC

Dan siap! Nampaknya dah berjaya set favourite akaun Tabung Haji di CIMB clicks.

*Di sini akan dikenakan caj sebanyak RM0.50 untuk CIMBclicks.

Rujuk panduan bergambar di bawah ini:

transfer cimb ke tabung haji
transfer cimb ke tabung haji
transfer cimb ke tabung haji

Cara SET SCHEDULED TRANSACTIONS di CIMBclicks

Cara setkan auto-transfer untuk simpanan secara konsisten setiap bulan boleh rujuk langkah di bawah ini:

  1. Login CIMBclicks
  2. Pergi ke “Settings”
  3. Klik “Scheduled Transactions”
  4. Tekan Select a service
  5. Tekan Pay Bills.
  6. Pilih Savings Account anda
  7. Pilih Lembaga Tabung Haji yang kita dah set kan sebagai favourite tadi
  8. Lepas itu boleh Klik “Submit”
  9. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
  10. Masukkan nombor IC
  11. Masukkan no telefon anda
  12. Letak jumlah yang anda ingin simpan setiap bulan
  13. Pilih tarikh mula untuk transfer kemudian pilih
    • recur every month, maksudnya bayaran ditolak automatik setiap bulan
    • pilih berapa bulan nak tolak secara automatik
  14. Siap dah. Klik je “Update”

Mudah ke mudah?

Cara Nak Cancel Auto-Transfer CIMBClicks

OK jangan risau masa nak setkan autotransfer ni sebab kita boleh cancelkan bila-bila masa je.

Mungkin kita nak ubah amaun simpanan atau nak berhentikan buat sementara waktu, bolehlah ikut cara ni.

Caranya mudah je:

  1. Pergi ke Pay & Transfer 
  2. Tekan Scheduled Transactions
  3. Klik Pending History
  4. Pilih transaksi yang kita nak cancel
  5. Lepas tu klik pada ‘Stop this transfer / payment’.

Selamat menyimpan dan berjimat-cermat dalam mengurus kewangan!

*Kredit: Nur Aliah Mohd Nor

Baca juga: Cara Keluarkan Duit ASB Online, Dah Tak Payah Pergi Bank Lagi

Maklumat Lanjut Tentang Cara Transfer CIMB Ke Tabung Haji

Sila rujuk https://www.cimb.com.my/ untuk maklumat lanjut atau ajukan soalan anda ke media sosial CIMB:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: