Cara Bayar PTPTN Guna Duit KWSP (Akaun 2). Senang Je!

RAMAI TAK TAHU BOLEH BAYAR PTPTN GUNA DUIT KWSP, INI CARANYA!

Mungkin ada yang belum tahu bahawa kita boleh bayar PTPTN guna KWSP melalui Akaun 2.

Ada beberapa kelebihan untuk kita manfaatkan kemudahan ini tau, antaranya:

  1. Boleh menggunakan Akaun 2 KWSP Peminjam atau Ibu Bapa (tertakluk kepada Syarat-syarat pengeluaran)
  2. Tiada had pengeluaran – (boleh langsaikan terus hutang PTPTN dan dapatkan diskaun!)
  3. Boleh membuat pengeluaran lebih daripada sekali, selagi Akaun 2 masih berbaki.
  4. Tiada caj pemprosesan dikenakan. PERCUMA!
  5. Anda akan menikmati penjimatan kos upah / pentadbiran dan memendekkan tempoh bayaran balik.

Memang berbaloi kan?

Sekarang ni pula PTPTN tawarkan diskaun mulai 1 November untuk pembayaran penuh atau separuh.

Diskaun yang diberikan adalah merangkumi :

  • Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
  • Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
  • Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
diskaun ptptn 2021

Jadi, jom manfaatkan diskaun ini dan gunakan duit KWSP untuk bayar hutang PTPTN sementara ada diskaun ni!

Mari kita teliti langkah-langkah untuk melunaskan bayaran balik dengan 5 langkah ini.

Cara Bayar PTPTN Guna KWSP

Di sini kami kongsikan 5 langkah mudah bagi anda yang ingin menggunakan wang KWSP untuk membuat bayaran balik ke akaun pinjaman PTPTN semasa belajar di IPT dahulu.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

LANGKAH 1

Untuk memudahkan urusan, sila daftar akaun KWSP online (i-Akaun KWSP) terlebih dahulu.

Bila dah daftar i-Akaun, bolehlah check amaun yang ada dalam Akaun 2 sebab Akaun 2 ni yang boleh dikeluarkan untuk membuat bayaran balik PTPTN nanti.

Bagi yang belum mendaftar, boleh rujuk step-by-step cara mendaftar i-Akaun dalam artikel ini: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran

cara daftar i akaun kwsp

LANGKAH 2

Seterusnya, layari laman web PTPTN untuk membuat semakan baki pinjaman yang perlu dibayar atau tertunggak.

Sila check baki pinjaman melalui link ini: https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

bayar ptptn guna kwsp

LANGKAH 3

bayar ptptn guna kwsp

Selepas dah tahu jumlah baki pinjaman PTPTN, bolehlah kita proceed untuk buat pengeluaran KWSP.

Caranya, log masuk ke akaun i-Akaun, klik ‘Pengeluaran’ di bahagian menu utama. Kemudian klik ‘Permohonan Pengeluaran Baru’ dan pilih ‘Pendidikan’.

bayar ptptn guna kwsp

Nanti akan keluarlah paparan pilihan Institusi yang terlibat (pilih PTPTN), ruangan bayaran kepada (pilih pemberi pinjaman), ruangan peringkat (apa yang anda pelajari) dan ruangan permohonan (pilih diri sendiri).

Jumlah kelayakan akan dinyatakan berdasarkan jumlah wang yang ada dalam akaun KWSP.

LANGKAH 4

Kemudian, bolehlah semak status permohonan dalam tempoh 4-14 hari bekerja selepas permohonan dibuat.

Barulah kita tahu sama ada kita boleh proceed untuk bayar PTPTN guna KWSP.

LANGKAH 5

Akhir sekali, sila hadir ke KWSP bersama dokumen sokongan yang ditetapkan. Contohnya salinan surat tawaran IPT / Transkrip/ Skrol.

Jangan lupa paling penting mestilah kena bawa kad pengenalan untuk pengesahan cap ibu jari ok!

Selepas itu, proses pembayaran tersebut akan dilakukan dalam masa 16 hari.

Nak tahu sama ada pembayaran dah dilunaskan, anda boleh membuat semakan di i-akaun KWSP anda atau melalui semakan baki pinjaman di laman web PTPTN tadi.

Mudah kan?

Baca juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang cara bayar PTPTN guna KWSP, sila hubungi Care line PTPTN di talian 03 – 2193 3000 atau Pusat Perkhidmatan Pelanggan KWSP di talian 03 – 8922 6000.

Rujuk pautan di bawah ini :

https://www.ptptn.gov.my/faq-bayaran-balik-side/faq-bayaran-balik-melalui-pengeluaran-akaun-ii-kwsp

https://www.facebook.com/PTPTNOfficial/videos/1428663977647855

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: