Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semakan Penyata / Baki Akaun 1 & 2
KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun KWSP Online bagi semua ahli.
Melalui i-Akaun ini, kita boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran / i-Citra dengan lebih mudah.
Di sini dikongsikan cara untuk mendaftar i-Akaun KWSP online dan diterangkan serba-sedikit tentang i-Citra.
Apakah i-Akaun KWSP?
i-Akaun KWSP adalah kemudahan yang membantu ahli KWSP menguruskan akaun dengan lebih mudah.
Dengan mendaftar, anda boleh melakukan semua urusan ini hanya di hujung jari:
- Kemaskini profil peribadi
- Semak status penamaan
- Semak kelayakan pengeluaran
- Daftar simpanan shariah
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
3 Cara Daftar i-Akaun KWSP
Ahli perlu membuat pendaftaran i-Akaun terlebih dahulu sebelum menggunakan
kemudahan ini.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui 3 cara berikut:
- Kaunter KWSP
- Kios KWSP
- Melalui telefon (View Mode sahaja)
Ahli dapat mengaktifkan i-Akaun dengan menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan
yang diterima selepas pendaftaran.
Pengaktifan perlu dibuat melalui laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my dalam tempoh 30 hari.
Untuk makluman, jika pengesahan berjaya, anda akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli).
Sila ikuti langkah berikut untuk mendaftar:
- Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID Pengguna & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan i-Akaun.
- Selepas bersetuju, sila cipta ID Pengguna dan Kata Laluan. Pilih imej Online serta isi Frasa Rahsia anda.
- Setelah berjaya, masuk semula menggunakanID Pengguna dan Kata Laluan yang telah dicipta.
- Pengesahan nombor telefon TAC hendaklah dilakukan sebaik sahaja log masuk.
Seterusnya anda hendaklah mengemaskini kata laluan baharu dan mengaktifkan i-Akaun seperti di bawah.
Cara Aktifkan i-Akaun KWSP Online
- Layari www.kwsp.gov.my, pergi kepada ikon ‘Log Masuk’ dan gunakan ID & Kata Laluan sementara yang diterima melalui SMS untuk aktifkan akaun. *Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 30 hari anda menerima SMS
- Selepas anda setuju, anda perlu pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda.*Jika ID Pengguna tidak terpilih, ID sementara akan digunakan
- Apabila pengaktifkan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.
- Log masuk dengan maklumat akaun baru anda dan kini anda bertanggungjawab terhadap simpanan KWSP anda.
Semakan Baki & Penyata KWSP
Setelah selesai mendaftar sebagai pengguna i-Akaun KWSP, anda boleh membuat semakan penyata KWSP pada bila-bila masa saja.
Untuk semak penyata KWSP, sila ikuti langkah beirkut:
- Login ke sistem i-Akaun : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“
- Penyata Tahunan KWSP anda akan dipaparkan seperti di bawah.
Dividen KWSP 2020/2021
Pada 27 Februari yang lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen sebanyak 5.20% dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional; dan 4.90% untuk Simpanan Shariah, dengan agihan berjumlah RM4.76 bilion. Jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM47.64 bilion.
TERKINI: CARA SEMAK DIVIDEN KWSP 5.20% / 4.90%
Untuk membuat semakan dividen KWSP, sila rujuk langkah di bawah:
- Layari i-akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Log masuk
- Klik View Details di menu Dividend
- Perincian Dividen tahun 2020 akan ditunjukkan (ambil kira penolakan pengeluaran i-Lestari)
Baca juga: KISS Selangor 2020/2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40
Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan
Selain pengeluaran i-Lestari, anda juga boleh memohon beberapa jenis e-Pengeluaran bagi tujuan tertentu sebelum berpencen atau sebelum berusia 55 tahun melalui i-Akaun KWSP online.
Antara e-Pengeluaran KWSP (sebahagian) yang dibenarkan adalah:
- Bina rumah – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah
- Umur 50 tahun – Pengeluaran dari Akaun 2
- Perumahan fleksibel – Menggunakan Akaun KWSP untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman
- Kesihatan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan atau perubatan
- Pendidikan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak
- Beli rumah – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah
- Mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman perumahan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurangkan / menyelesaikan baki perumahan
- Perumahan PR1MA – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA
- Ansuran bulanan pinjaman perumahan – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan
- Haji – Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji
- Simpanan melebihi RM1 Juta – Kelonggaran untuk mengurus sendiri lebihan simpanan
- i-Lestari (berakhir Mac / April 2021)
Baca syarat-syarat lanjut untuk memohon e-Pengeluaran di SINI.
Baca juga: MySPR: Cara Daftar, Tukar Tempat Mengundi & Semakan Pengundi Baru
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home
ATAU
Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/