in

KISS Selangor 2021: Daftar Bantuan RM200 Sebulan Untuk Ibu B40

program kasih ibu smart selangor kiss selangor
ADVERTISEMENT

Kerajaan Selangor telah mengumumkan bahawa Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) akan diteruskan dengan penambahan 5,000 lagi penerima pada tahun 2021.

Program itu menyediakan bantuan bulanan RM200 kepada golongan ibu-ibu di Selangor, kata YAB. Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor menerusi Belanjawan Selangor 2021 pada 30 Oktober lalu.

Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah mengetahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan membuat permohonan untuk mendaftar program KISS Selangor 2021 ini.

Apakah Program KISS Selangor?

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS Selangor) adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaun ibu di Selangor.

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Menerusi program ini, peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (tanpa tunai menggunakan kad KISS Selangor).

Syarat Kelayakan

SYARAT UTAMA

  • ​Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih

Syarat-syarat lain:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan

Baca juga : Cara Semak No Siri BPN 2.0 Bagi Status ‘Gagal Kredit’ & Tarikh Bayaran

Cara Daftar Program KISS Selangor 2020/2021

Cara mendaftar Program KISS Selangor 2021/2021 boleh dilakukan melalui cara ini:

i) Secara Manual

Borang pendaftaran boleh di muat turun dari Laman Web Rasmi Kasih Ibu Smart Selangor atau boleh diambil di :

  • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
  • Pusat Wanita Berdaya

Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.

Sila rujuk SENARAI ALAMAT PEJABAT AHLI DEWAN NEGERI KERAJAAN DAN
PENYELARAS DUN
.

ii) Secara Online

Permohonan secara atas talian di laman web www.kiss.com.my akan dibuka dalam masa terdekat.

Manfaat Kad KISS Selangor

Jika anda layak dan berjaya diterima dalam Program KISS Selangor, anda akan mendapat Kad Kasih Ibu Smart Selangor yang ditambah nilai secara automatik RM200 sebulan.

Kad KISS yang berfungsi seperti kad debit ini boleh digunakan untuk membuat pembelian barang keperluan di pasaraya berdaftar.

Senarai barangan asas yang boleh dibeli melalui kad ini ialah

  • Beras
  • Mi dan bihun
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Gula dan garam
  • Rempah ratus, sos kicap dan sebagainya
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Sayuran dan buah-buahan
  • Daging, ayam, ikan
  • Sabun, bahan pencuci dan kelengkapan mandi
  • Lampin pakai buang (bayi dan dewasa)
  • Produk tenusu
  • Barangan persekolahan

Cara menggunakan kad boleh dirujuk dalam rajah di bawah ini.

kiss selangor

Senarai kedai berdaftar boleh dirujuk di SINI.

Baca juga: Status Rayuan BSH 2020 Boleh Disemak Mulai 16 November 2020

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Program Kasih Ibu Smart Selangor ini, anda boleh hubungi pihak pengurusan di talian hotline 1800-22-6600, talian telefon 03-5525 6900 atau e-mel [email protected]

Anda juga boleh menghantar mesej melalui laman web di SINI.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan rayuan gkp 2.0

Tarikh Akhir Permohonan GKP 2.0 Pada 31 Oktober. Cepat, Ini Cara Apply!

gagal kredit gkp

Pemohon Yang ‘Gagal Kredit’ GKP 1.0 Perlu Kemaskini Akaun Sebelum 14 November. Ini Caranya