Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen – RM300/bulan
Bantuan Sara Hidup (BSH) Veteran Tidak Berpencen – RM300/bulan | Sukacita dimaklumkan, bermula September 2023 Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan.
Baca info lebih lanjut mengenai bantuan ini melalui perkongsian di bawah.
BSH Veteran ATM
Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun akan menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan bermula September ini.
Perkara ini dipersetujui hasil Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ia bakal memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun.
Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, perkara berkaitan penambahbaikan dan kebajikan anggota penjawat awam terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam akan dibincangkan oleh JKK-PPA meliputi aspek saraan, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.
Bantuan ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengiktiraf sumbangan perkhidmatan Veteran Tidak Berpencen atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan mereka menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Bantuan ini juga merupakan kesinambungan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam yang sebelum ini menerusi Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 kepada pesara semasa pembentangan Ekonomi Madani yang akan dibayar pada 10 Ogos 2023, Khamis lalu.
BACA JUGA: Insentif Postpaid Penjawat Awam – Rebat RM10/bulan
Tarikh Bayaran BSH Veteran Tidak Berpencen
Permanjangan BSH ini berkuat kuasa pada bulan September 2023. Pembayaran BSH kepada veteran tidak berpencen sebanyak RM300 akan mula diagihkan pada bulan tersebut.
Cara Semakan
Untuk membuat semakan penyata dan bayaran pencen, sila layari Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0 di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/login.asp
Pengguna Kali Pertama Portal Penyata Pencen Sistem Vibes 2.0
Untuk pengguna pertama kali, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Rujuk langkah-langkah di bawah:
- Layari: https://vibes.jhev.gov.my/portal/
- Klik “Daftar Pengguna”
- Pilih “Jenis Pengguna”
- Isi semua maklumat berkaitan
- Tanda persetujuan “ Terma & Syarat”
- Klik “Hantar Permohonan”
- Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel
Maklumat Lanjut & Pertanya
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan Malaysia di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/