Iltizam Anak Selangor: Bantuan RM500 Untuk Bayi Baru Lahir

Buat anak-anak Selangor yang baru lahir, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bantuan insentif sebanyak RM100 akan diberikan setiap tahun selama 5 tahun menerusi insentif Iltizam Anak Selangor yang telah dibuka permohonannya bermula 1 Ogos 2022.

Seramai 30 ribu anak-anak yang memohon untuk bantuan ini akan diberikan RM500 dalam tempoh 5 tahun dan dibukakan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN PRIME) serta akan menikmati pelbagai faedah skim tersebut.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Iltizam anak selangor

Apakah Skim Iltizam Anak Selangor?

Menyedari kepentingan pengurusan kewangan yang mampan di peringkat isi rumah, Kerajaan Negeri akan memperkenalkan sebuah skim baharu, iaitu Iltizam Anak Selangor yang akan disertai dengan pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bagi anak-anak yang baru lahir di negeri Selangor.

Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu yang diperkenalkan dalam Belanjawan Selangor 2022 yang akan memanfaatkan seramai 30 ribu pemohon.

Selain Selangor, terdapat beberapa negeri lain yang telahpun melaksanakan program berbentuk insentif kelahiran ini hasil kerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu Terengganu, Kedah Johor, Perak, dan Melaka.

Wang tabungan di Akaun Simpanan SSPN Prime yang diberikan oleh Kerajaan negeri ini hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas.

Baca juga: Dana Didik Johor: Percuma Caruman SSPN-i RM100 Setiap Bayi (2022)

Syarat Kelayakan

  1. Anak lahir bermula tahun 2022 
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Anak lahir di Selangor
  4. Penjaga menetap di Negeri Selangor
  5. Penjaga merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

**Penjaga merujuk kepada Ibu atau Bapa. Sekiranya selain dari itu, perlu sertakan surat akuan sumpah atau surat perakuan anak angkat.

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi Bantuan Iltizam Anak Selangor ini akan bermula dari 1 Ogos 2022 hingga cukup kuota 30,000 penerima.

Bagaimana Cara Memohon Skim Bantuan Iltizam Anak Selangor?

Tatacara permohonan Skim Bantuan Iltizam Anak Selangor ada seperti berikut:

  1. Daftar permohonan melalui laman web https://anas.yawas.com.my
  2. Muat naik dokumen dalam tempoh 14 hari
  3. Sekiranya permohonan LULUS, anda perlu membuka akaun simpanan SSPN Prime untuk menerima insentif RM100 setiap tahun bagi tempoh 5 tahun.

Senarai dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Kelahiran anak
  2. Salinana MyKad ibu / bapa / penjaga
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan surat akuan berkanun / sijil anak angkat
  5. Surat akuan sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)

PERMOHONAN BARU AKAN DIBUKA SEHINGGA KUOTA PERMOHONAN MENCAPAI 30,000 ORANG PEMOHON YANG LAYAK SAHAJA. SEKIRANYA KUOTA PERMOHONAN TELAH MENCAPAI JUMLAH YANG TELAH DITETAPKAN, MAKA PERMOHONAN BARU AKAN DITUTUP DENGAN SERTA-MERTA.

Apakah SSPN Prime?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004.

Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat istimewa seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini, selepas hampir 17 tahun berada di pasaran, SSPN-i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

Pembukaan akaun digalakkan dibuat melalui Maybank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat dan RHB Bank bagi mempercepatkan proses.

Antara Keistimewaan SSPN Prime adalah:

  1. Layak memohon pinjaman pendidikan;
  2. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000.00 setahun;
  3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas*;
  4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak**;
  5. Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
  7. Kemudahan menyimpan di cawangan PTPTN dan lebih 3000 cawangan ejen Simpan SSPN Prime.

Nota:

* Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

* Layak sebelum tarikh ulang tahun kelahiran.

** Keluarga berpendapatan bulanan (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang lengkap. Kelayakan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi saluran berikut untuk pertanyaan lanjut:

Baca juga: Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2022 Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: