Bantuan OKU JKM 2021: Pendaftaran, Semakan & Kategori Kelayakan
Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran dan penyaluran bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berikut dikongsikan 7 kategori tersebut dan cara membuat permohonan bantuan JKM secara online.
7 Kategori OKU
KATEGORI 1
Kategori OKU yang pertama adalah OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan ataupun jari kiri.
KATEGORI 2
Kategori OKU yang kedua adalah OKU penglihatan di mana seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata.
KATEGORI 3
Kategori OKU ketiga adalah OKU pendengaran di mana seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
KATEGORI 4
Kategori OKU keempat adalah OKU pertuturan di mana seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh orang yang berinteraksi dengannya.
KATEGORI 5
Kategori kelima adalah OKU mental yang melibatkan individu mempunyai masalah penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri.
Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat.
KATEGORI 6
Kategori OKU keenam adalah OKU Pelbagai iaitu melibatkan individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.
KATEGORI 7
Kategori OKU yang ketujuh adalah OKU pembelajaran di mana seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.
Baca juga: Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan JKM 2021 (Jadual Bulanan)
Senarai Bantuan OKU JKM 2021
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat di mana mereka juga mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.
Berikut dikongsikan bantuan OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dimohon:
1. ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
KADAR
RM450 sebulan seorang.
TUJUAN
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
2. BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
KADAR
RM300 seorang sebulan.
TUJUAN
1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
2. Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
- Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan OKU JKM dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN
- JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
- JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
3. BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)
KADAR
RM500 sebulan seorang.
TUJUAN
- Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
- Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
- ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
BORANG YANG BERKAITAN
Bersamalah kita menghormati hak dan keistimewaan Orang Kurang Upaya (OKU).
Baca juga: Permohonan Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000
Maklumat Lanjut Tentang Bantuan OKU JKM
Untuk info terkini tentang Bantuan Orang Tua / Warga Emas (BoT) atau bantuan-bantuan lain, sila layari laman web JKM di http://www.jkm.gov.my/ atau Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui saluran berikut:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)