Jana Niaga MARA Shopee: Baucer & Kredit Iklan RM400 Untuk Usahawan

MARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee melalui Program Jana Niaga MARA Shopee.

Ia merupakan inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian.

Di sini disertakan maklumat lanjut tentang program ini untuk makluman usahawan dan peniaga yang berminat.

Apakah Program Jana Niaga MARA Shopee?

Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan.

E-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan ke e-Mall Jana Niaga MARA (https://shopee.com.my/m/jananiaga) untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan.

E-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli.

jana niaga shopee mara

Baca juga: Senarai Barang Elektrik Yang Anda Boleh Tebus Dengan Baucer Rm200 Baucer Dari Kerajaan

Kelebihan Jana Niaga MARA Shopee

Kelebihan menyertai program ini:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai Bernilai RM400.00
  • Kredit Iklan Bernilai RM400.00

Syarat Permohonan

  • Usahawan Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.
  • Usahawan bersetuju syarat – syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Usahawan yang berminat boleh memohon di link berikut: https://forms.gle/eJZNrBY1t4qmBVtD6

atau

Scan QR Code di poster iklan berikut:

jana niaga shopee mara

Tarikh Permohonan

Borang permohonan akan dibuka bermula pada 22 Februari 2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5 Mac 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN.

Yuran Penyertaan

Yuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00.

Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat.

Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

Baca juga: Pampasan Ex-Gratia Jika Ada Kesan Sampingan Vaksin COVID 19

Maklumat Lanjut Tentang Jana Niaga MARA Shopee

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

  • Mohamad Fahriz – 03-26134324 / 013-8835533
  • Mohd Yazid – 03-26134328 / 018-2119793
  • Hazila – 03-26134818 / 019-9174495

Atau rujuk Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan berikut: https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat/photos/a.118588701510523/3853462868023069/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: