MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR B40
MyKasih adalah merupakan sebuah yayasan yang dilantik oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan inisiatif program bantuan PRIHATIN Kasih.
Program bantuan PRIHATIN Kasih adalah salah satu inisiatif pihak kerjaan untuk membantu meringankan beban golongan keluarga yang kurang berkemampuan.
Inisiatif ini membolehkan para penerima yang layak menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan rumah secara cashless.
Untuk makluman anda, terkini, difahamkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu bantuan tambahan STR akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan MyKasih
MyKasih adalah merupakan sebuah yayasan organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean. Tujuan penubuhan yayasan ini adalah dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
Kerajaan Malaysia melalui Yayasan Hasanah telah melantik Yayasan MyKasih untuk melaksanakan inisiatif program bantuan ini.
BACA JUGA: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) : Kelayakan & Tarikh Bantuan
Cara Memohon Bantuan MyKasih
Tidak ada permohonan yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan ini. Hal ini kerana, penerima yang layak menerima bantuan MyKasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.
Cara Semak Kelayakan
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini atau tidak, anda boleh buat semakan melalui langkah-langkah di bawah. Semakan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1. Semakan Melalui SMS
Semak sekiranya anda ada menerima sms yang memaklumkan bahawa anda layak untuk mendapat bantuan ini. Anda akan menerima sms tersebut melalui nombor telefon terkini anda telah daftarkan di dalam sistem e-Kasih.
2. Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) – Terkini
Anda juga boleh menyemak status kelayakan melalui melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Sekiranya layak, anda akan menerima status seperti gambar di bawah:
Bagi yang tidak layak, anda akan mendapat status seperti berikut:
Bagaimanakah Ia Berfungsi?
Penerima yang layak akan menerima bantuan secara cashless dan perlu menggunakan kad kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian untuk menggunakan bantuan yang diberikan.
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.
MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)
Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah dan gambar rajah di bawah:
- Penerima boleh memilih barang keperluan yang diperlukan di mana-mana kedai/pasaraya yang tersenarai.
- Barang yang dipilih untuk dibeli akan dibayar di kaunter pembelian seperti biasa.
- Pembayaran adalah menggunakan kad pengenalan penerima/kad MyKasih. Penerima perlu memasukkan 6 digit pin yang telah disetkan.
- Penerima perlu menyimpan resit yang diberikan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari/hubungi:
- Laman web: http://www.mykasih.com.my/
- Talian hotline Mykasih: 03-77201800
- Emel: [email protected]