MyLesen B2: Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2023

MyLesen B2: Bantuan Lesen Percuma 2023 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk permohonan bantuan Program MYLesen B2 bagi tahun 2023 kini telah dibuka.

Anda boleh lakukan permohonan segera sekiranya menepati syarat-syarat yang ditentukan. Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai bantuan lesen percuma, MyLesen B2

BACA JUGA: MyPSV – Cara Memohon Lesen PSV Percuma Untuk B40

Pengenalan MyLesen B2

MyLesen B2: Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2023 & Syarat Kelayakan

MyLesen B2 adalah merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.

Pada 30 Mei yang lepas, majlis pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan dan dilancarkan oleh  YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Inisiatif ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara. Pemohon tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos kerana segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan di bawah Belanjawan Madani 2023.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan umum untuk memohon bantuan lesen percuma ini. Anda boleh rujuk JPJ negeri masing-masing sekiranya terdapat syarat lain yang lebih khusus. 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ serta PDRM
  • Penerima bantuan @ bawah tanggungan:
    • Kumpulan B40
    • eKasih
    • JKM
    • Zakat
    • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

BACA JUGA: STR Fasa 4 – Cara Semakan Status, Jumlah & Tarikh Bayaran

Cara Memohon & Membuat Pendaftaran

Tarikh dan cara permohonan atau MyLesen B2  adalah berbeza mengikut negeri. Oleh itu, sila rujuk pihak JPJ negeri masing-masing kerana tarikh pendaftaran setiap negeri adalah berbeza.

Untuk memudahkan anda, berikut dikongsikan cara memohon dan membuat pendaftaran MyLesen B2 di beberapa negeri (Perak, Pahang, Melaka). 

1. Program MyLesen B2 Perak (Tarikh Tutup 21 Julai 2023)

Untuk memohon, anda perlu memuat turun borang permohonan melalui pautan berikut dan isi dengan lengkap: https://drive.google.com/file/d/1KNDPyvk-IGb5CqgE4IEX3_UlwFjCFKSW/view?usp=sharing 

NOTA: 

  • Anda juga boleh scan QR pada gambar di bawah untuk memuat turun borang permohonan. 
  • Sila bawa bersama dokumen untuk pendaftaran (dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan) dan pastikan anda membaca syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik sebelum membuat permohonan. 
  • Pastikan anda mengisi  borang yang dimuat turun tersebut dengan maklumat yang lengkap dan  kembalikan borang sebelum jam 5 petang 21 Julai 2023 di pejabat JPJ berhampiran anda. 
MyLesen B2: Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2023 & Syarat Kelayakan

Pemohon yang berjaya akan diberikan Surat Tawaran dan Surat Akujanji.  Kemudian, terus mendaftar ke Institut Memandu untuk memulakan kursus/latihan/ujian.

NOTA: Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui sebarang maklumat dan membuat aduan yang berkaitan, sila salurkan melalui aplikasi e-Aduan@jpj. Atau, emelkan kepada: http://jpj.spab.gov.my  beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

2. Program MyLesen B2 Pahang (Tarikh Tutup 21 Julai 2023)

Untuk memohon, sila dapatkan borang permohonan di:

  • Kompleks JPJ Negeri Pahang Bandar Indera Mahkota Kuantan, Pahang. 
  • Pejabat Cawangan JPJ Pahang 

Anda boleh lakukan permohonan bermula 10 Julai 2023 sehingga 21 Julai 2023

NOTA:

  • Sila bawa bersama dokumen untuk pendaftaran (dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan) dan pastikan anda membaca syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik sebelum membuat permohonan. 
  • Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut, sila hubungi/layari: 09-573 6622 (Facebook JPJ Negeri Pahang  / Tiktok @JPJPahang)

3. Program MyLesen B2 Melaka (Tarikh Tutup 21 Julai 2023)

Untuk memohon, sila dapatkan borang permohonan di mana-mana cawangan JPJ negeri Melaka berhampiran anda. 

MyLesen B2: Permohonan Bantuan Lesen Percuma 2023 & Syarat Kelayakan

NOTA:

  • Sila bawa bersama dokumen untuk pendaftaran (dokumen sokongan bagi pembuktian ke atas syarat yang ditetapkan) dan pastikan anda membaca syarat -syarat asas yang ditetapkan seperti di infografik sebelum membuat permohonan. 
  • Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian berikut: 06-2514049 / 06-2514050 (Bahagian Perlesenan JPJ Melaka)

Maklumat Lanjut

Jangan lupa ikuti media sosial Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai MyLesen B2. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: