Bantuan Pakej Pelan Data Dan Peranti KPT Bagi Pelajar IPT 2020/2021
Pada 30 Oktober yang lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah melancarkan Pakej Pelan Data dan Peranti KPT kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT).
Ini adalah selari dengan keperluan norma baharu memerlukan akses internet serta melibatkan aktiviti PdP dalam talian.
Apakah Pakej Pelan Data Dan Peranti KPT?
Selari dengan Lonjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu mengarusperdanakan Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil pelbagai pendekatan dalam menawarkan bantuan dan inisiatif pembelajaran yang kondusif serta seimbang dengan pendekatan pengajian secara dalam talian.
Program ini melibatkan kerjasama daripada rakan-rakan strategik telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Telekom Malaysia, Maxis dan RedOne, syarikat pengeluar peranti seperti Acer dan Samsung, Tabung Haji, yayasan-yayasan, zakat dan dana wakaf
Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan rakan-rakan strategik telekomunikasi dan pengeluar peranti untuk menyediakan Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi.
Baca juga : Pemohon Yang ‘Gagal Kredit’ GKP 1.0 Perlu Kemaskini Akaun Sebelum 14 November. Ini Caranya
Jenis Bantuan Yang Disalurkan Melalui Pakej Pelan Data Dan Peranti KPT
Inisiatif ini melibatkan jenis bantuan yang bakal dimanfaatkan oleh pelajar IPT seperti berikut:
- Bantuan Tunai sebanyak RM50 kepada 76,153 orang pelajar baharu sesi 2020/2021
- Bantuan Pelan Data Interaktif Istimewa yang melibatkan 320,396 pelajar dari golongan B40.
- Pakej Bantuan Peranti (Komputer Riba) secara bersasar kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi.
Manfaat ini telah dan bakal dikecapi oleh- 5,965 orang pelajar menerima unit peranti secara percuma
- 300unit peranti kepada pelajar secara pinjaman kewangan
- 2,700 unit peranti kepada penerima yang layak secara bantuan tunai
- Diskaun istimewa khas daripada syarikat pengeluar peranti seperti Acer dan Samsung.
Pakej Pelan Data Yang Ditawarkan Untuk pelajar IPT
Pakej Pelan Data ini adalah ekslusif untuk pelajar IPT dan tidak terdapat di pasaran.
Berikut disenaraikan Pakej Pelan Data yang ditawarkan oleh syarikat komunikasi bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam insiatif Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi.
i) Digi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Digi di talian 016-2211 800
ii) Maxis / Hotlink
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maxis di talian 1800-82-1123
iii) Celcom
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Celcom di talian 019-601 1111
iv) Unifi
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Celcom di unifi.com.my
Bantuan ini juga mendapat dana daripada Dana Universiti Awam, Tabung Haji, yayasan-yayasan, Tabung Kebajikan Pelajar, Zakat dan dana Wakaf.
Kementerian Pengajian Tinggi berharap dengan adanya usaha ini, proses pengajian pelajar menjadi lebih kondusif di samping sedikit sebanyak berupaya meringankan bebanan kewangan yang dihadapi.
Ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang datang dari kelompok keluarga B40 dan berada di kawasan yang liputan internetnya kurang memuaskan.
Baca juga: Bantuan Pakej UPM Prihatin Untuk Pelajar Sesi 2020/2021
Cara Permohonan
Para pelajar yang layak menerima bantuan ini akan dikenalpasti oleh pihak universiti berdasarkan data yang diperolehi.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Awam masing-masing .