in ,

Cara Dapatkan Telefon Pintar & Data 40GB Percuma YES Untuk B40

ADVERTISEMENT

Cara Dapatkan Simkad PERCUMA Dari YES. Disertakan dgn 40GB data, sah selama 60 hari.

Baru-baru ini YTL melancarkan Yes Kasi Up B40, sebuah pakej yang menawarkan 40GB data percuma kepada golongan B40 yang berdaftar.

Yes Kasi Up B40 adalah inisiatif terbaru dalam kempen Yes Kasi Up. Ia bermula dengan pelancaran pelan prabayar Yes Kasi Up Prepaid 15, pelan prabayar paling mampu milik di Malaysia.

ADVERTISEMENT
data percuma b40

Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seok Hong berkata inisiatif itu dilakukan bagi membantu golongan yang memerlukan selepas kejayaan setahun mereka melancarkan program berimpak tinggi Belajar Dari Rumah yang menyediakan data percuma kepada murid-murid di sekolah kerajaan dan telefon percuma untuk pelajar-pelajar B40.

Susulan kejayaan tersebut, YES kini berbesar hati untuk menawarkan program data percuma ini secara lebih meluas melibatkan semua pengguna yang tergolong dalam kumpulan B40.

Pengguna yang tergolong di dalam B40, boleh memohonnya di laman web www.yes.my/kasiupB40 atau melalui aplikasi MyYes.

Pemohon tidak perlu bimbang tentang kos penghantaran kerana ia adalah percuma.

Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.

Untuk mendapatkan telefon pintar percuma, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web ytlfoundation.org/kasiupb40
  2. Tekan REGISTER MYSELF
  3. Isikan butiran dalam borang permohonan.

Cara Dapatkan Simkad & Data Percuma 40GB YES

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Simkad & Data Percuma YES:

Lawati laman web: www.yes.my/kasiupB40

Tekan butang START.

Tekan B40 FREE SIM.

data percuma b40

Tekan SELECT PLAN.

simkad percuma yes

Isi maklumat penghantaran. (Penghantaran adalah PERCUMA)

Siap!

simkad percuma yes
Sumber: Sample Percuma /Free Samples/免费试用装

Baca juga: Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web YTL Foundation untuk inisiatif ini dan rujuk soalan lazim (FAQ) di SINI.

Tentang YES

YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas.

Untuk makluman, YES juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

pemeriksaan puspakom percuma

Pemeriksaan PUSPAKOM Percuma 2-12 Mei 2021 Sempena Hari Raya

Tertekan Hutang Ah Long RM3000, Warga Emas Maut Minum Racun