in

Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Percuma Untuk B40 – YTL Foundation

bantuan telefon pintar 2021 ytl foundation
ADVERTISEMENT

BANTUAN TELEFON PINTAR 2021 UNTUK B40 & DATA INTERNET

Sesi persekolahan yang telah bermula kini dijalankan secara online atau PdPR mungkin menjadi cabaran bagi beberapa pihak terutamanya golongan B40.

Tahukah anda, YTL Foundation telah melanjutkan permohonan telefon percuma B40 dan data internet sehingga Jun 2021 ini khas untuk pelajar yang layak.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan telefon pintar B40 dan data internet ini.

ADVERTISEMENT

Bantuan Telefon Pintar 2021 & Data Internet Percuma YTL Foundation

Bagi menyokong ibu bapa, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan 40GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan. 

Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses: 

  1. Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah.
  2. Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
  3. 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah. 

Baca juga: Cara Rakam Video Google Meet Untuk PdPR (Boleh Tonton Bila-bila)

Syarat Kelayakan

Kriteria & Syarat Kelayakan Bantuan Telefon Pintar 2021 oleh YTL Foundation adalah seperti berikut

  1. Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
  2. Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40
    • Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
    • Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)

*Anda perlu mengemukakan tangkapan skrin status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa murid yang tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM 1,600

Cara Permohonan Bantuan Telefon Pintar 2021 YTL Foundation

Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.

Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)

Sila ikut langkah ini untuk memohon:

  1. Dapatkan pencalon untuk calonkan anda dan anak anda.
  2. Sila Layari https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/
  3. Sila masukkan Maklumat berikut: – Nama Sekolah – Nama Pencalon – Nombor Mykad Pencalon – Emel Pencalon – Nombor Telefon Pencalon
  4. Selepas Masukkan maklumat atas dan tekan butang “Next”
  5. Sila Masukkan Maklumat berikutnya: – Nama Pelajar – Nombor MYKID Pelajar – Nama Ibu/Bapa – Nombor MYKAD Ibu/Bapa – Emel Ibu/Bapa – Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40. (Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
  6. Selepas Masukkan maklumat atas dan tekan butang “Next”
  7. Sila tekan kotak kecil sebelum mesej seperti di bawah. – Saya mengesahkan bahawa murid yang disyorkan adalah daripada keluarga golongan B40 dan tidak mempunyai peranti untuk belajar dari rumah.
  8. Sila tekan kotak kecil dalam mesej dan klik butang Submit.
  9. Selepas itu, Pencalon akan terima emel permohonan dari YTL Foundation.

Baca juga: Cara Semakan Status BPN 2.0

Rujuk langkah bergambar di bawah:

Layari laman web YTL Foundation di https://ytlfoundation.org/learnfromhome-b40/

bantuan telefon pintar 2021

Sila Masukkan Maklumat berikutnya:

  • Nama Pelajar
  • Nombor MYKID Pelajar
  • Nama Ibu/Bapa
  • Nombor MYKAD Ibu/Bapa
  • Emel Ibu/Bapa
  • Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40. (Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
bantuan telefon pintar 2021

Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40.

(Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)

bantuan telefon pintar 2021

Seterusnya, sila tekan kotak kecil sebelum mesej dan tekan butang “Submit”.

Permohonan telah berjaya dihantar akan menerima notifikasi ini.

bantuan telefon pintar 2021

Anda juga akan menerima e-mel Pengesahan daripada YTL Foundation atas permohonan anda.

bantuan telefon pintar 2021

Selamat Memohon.

*Sumber foto: Shanker Raj Ayanger Penyelaras MIC DUN Sentosa, Kota Raja

Semakan Status Permohonan

Selepas menghantar permohonan, anda boleh membuat semakan status di SINI: https://lcs.yes.my/

Anda juga akan menerim e-mel notifikasi sekiranya permohonan anda berjaya, seperti contoh di bawah ini:

bantuan telefon pintar 2021
Kredit foto dari Facebook Wan Azura Hazali
  1. Sekiranya pencalonan berjaya, notifikasi menerusi  e-mel akan dihantar kepada guru dan ibubapa pelajar berserta langkah seterusnya.
  2. Pendaftaran adalah khusus untuk ibubapa sahaja. 
  3. Ibubapa perlu mengikuti proses proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:
    • Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
    • Satu salinan MyKad ibubapa
    • Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
  4. Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.
  5. Sekiranya ibubapa memerlukan bantuan, sila berhubung dengan ibubapa dan hulurkanlah bantuan dimana perlu

Contoh bantuan telefon pintar 2021 YES yang telah diterima.

bantuan telefon pintar 2021

Tarikh Akhir Permohonan

Menurut laman web YTL Foundation, anda boleh membuat permohonan bantuan telefon pintar dan data internet ini sehingga Jun 2021.

Maklumat Lanjut

Jom calonkan pelajar yang memerlukan bantuan telefon pintar 2021 ini untuk membantu pembelajaran mereka!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk YTL Foundation untuk inisiatif ini dan rujuk soalan lazim (FAQ) di SINI.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 Lokasi Glamping Viral Di Malaysia. Anda Patut Cuba!

sop pkp 22 Januari

SOP PKP Terkini 22 Januari 2021