Wilayah Bebas Berniaga: Cara Mohon Lesen Penjaja Sementara Di Putrajaya & KL (Percuma 6 Bulan)
Mulai 15 Nov sehingga 15 Apr, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengisytiharkan Wilayah Persekutuan sebagai ‘Wilayah Bebas Berniaga’, di mana dalam tempoh 6 bulan atau PKP Bersyarat, Pihak DBKL membenarkan dan mengalakkan rakyat yang ingin menjaja atau berniaga kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang selamat dari lalulintas, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan secara PERCUMA dengan lesen penjaja sementara.
Menurut laporan BERNAMA, perkembangan ini menyusuli perbincangan antara kementerian dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, dan Perbadanan Labuan, bagi memudahkan rakyat menambah pendapatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berikut dikongsikan Cara Permohonan Lesen Penjaja Sementara tersebut bagi Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Cara Permohonan Lesen Penjaja Sementara Putrajaya (PKS6B)
Dalam posting terbaru di Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya hari ini, (12 November 2020) telah diumumkan cara permohonan penjaja sementara secara online.
PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA PUTRAJAYA 6 BULAN (NOV 2020 – APRIL 2021)
Selaras dengan pengumuman YB Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri TPr. Annuar Musa pada 10 November 2020 mengenai Wilayah Bebas Berniaga, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan ini membuka permohonan kepada Penduduk Putrajaya khasnya yang terkesan dengan pandemik Covid-19 untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengisi Borang Permohonan Lesen Penjaja Sementara 6 Bulan (PKS6B).
ISI BORANG PERMOHONAN: https://bit.ly/38AzkAI
Borang yang lengkap diisi bolehlah dihantar ATAU emel kepada :
Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, Blok B, Aras 5, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Kompleks Perbadanan Putrajaya Persiaran Perdana, Presint 3, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya
atau
EMEL : [email protected]
Telefon: 03-8887 7657 / 7265 / 7215 / 7231
Perniagaan boleh bermula mulai 15 November 2020 sebaik sahaja mendapat surat kelulusan PPj bagi tempoh masa 6 bulan berkaitan.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Link posting asal: https://www.facebook.com/putrajaya/posts/10157625563671723
INFO TAMBAHAN:
Selain membuka peluang perniagaan sementara, Perbadanan Putrajaya turut mempelawa usahawan dan bakal-bakal usahawan dari kalangan Penjaja, Peniaga Kecil, Belia dan Penduduk Putrajaya yang berminat untuk menyewa push cart di Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya.
Kadar sewaan push cart ini adalah RM10/sehari atau RM100/sebulan.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui link: https://bit.ly/36oEqxB
Sila isikan borang yang lengkap beserta dokumen sokongan dan kemukakan kepada alamat yang tertera di poster.
Sebarang pertanyaan hubungi 03 8887 7231 / 7448 / 7219.
Baca juga: Lanjutan Moratorium: Cara Mohon Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Bersasar (Mulai 23 Nov 2020)
Cara Permohonan Lesen Penjaja Sementara Di Wilayah Persekutuan
Memetik dari BERNAMA, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma.
Panduan Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin serta syarat kelayakan boleh dirujuk melalui maklumat infografik di bawah ini.
NOTA: Pemohon hanya untuk warga negara Malaysia sahaja.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan lesen penjaja melalui Portal e-Lesen DBKL di pautan INI.
Baca juga: 28 Jenis Skim Bantuan Zakat MAIWP Yang Boleh Dimohon. Ini Syaratnya & Cara Permohonan
Maklumat Lanjut
Talian pertanyaan untuk urusan permohonan / pembayaran lesen DBKL secara online
1-800-228-882
019-266 6146
03-2202 8801
atau emel ke [email protected]
Sebarang update terkini juga boleh didapati melalui laman web DBKL https://www.dbkl.gov.my/.