Permohonan Zakat Selangor Peduli Untuk B40

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengambil satu inisiatif tambahan untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik ini dengan melancarkan Bantuan Zakat Selangor Peduli.

Bantuan ini ditawarkan kepada individu, sama ada dalam kalangan Asnaf LZS bukan asnaf (B40) yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu.

Bantuan ini dibuka untuk permohonan sehingga 10 Disember 2021.

Berikut dikongsikan syarat-syarat lanjut dan cara membuat permohonan.

Apakah Bantuan Zakat Selangor Peduli?

Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
    • Beragama Islam
    • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
    • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
    • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
    • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.
  2. Pemohon telah dibanci menggunakan Had al-Kifayah, dan memenuhi kriteria seperti berikut:
    • Sihat.
    • Berumur tidak lebih 60 tahun.
    • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
    • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
    • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
    • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

Tarik Permohonan

Permohonan ditutup pada 10 Disember 2021.

Mohon sekarang di laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor:

Cara Permohonan Zakat Selangor Peduli

Permohonan bagi bantuan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini Zakat Selangor Peduli

Pemohon WAJIB menyertakan dokumen berikut bagi permohonan yang berkaitan. Kegagalan melengkapkan dokumen menyebabkan permohonan anda akan ditolak:

  1. Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
  2. Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
  3. Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  4. Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
  5. Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
  6. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
  7. Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
  8. Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
  9. Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
  10. Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
  11. Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya memilih pernyataan masalah (c))

NOTA:

Sekiranya tidak mempunyai surat pemberhentian kerja, pemohon boleh mengisi Borang Akuan Hilang Pendapatan.

Klik sini untuk muat turun : BORANG AKUAN HILANG PENDAPATAN

Semakan Status Kelulusan

  1. Status permohonan boleh disemak melalui pautan Zakat Selangor Peduli selepas 7 hari bekerja
  2. Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE di pautan ini : Sistem eZakat ONLINE

Kaedah Penyaluran Bantuan Zakat Selangor Peduli

Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT). Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  2. Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  3. Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, penerima yang layak akan menerima bayaran melalui pindahan tunai ke akaun bank pasangan atau waris terdekat melalui surat kuasa yang ditandatangani oleh pemohon.

Klik sini untuk muat turun : SURAT PERWAKILAN KUASA

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 atau laman web https://www.zakatselangor.com.my/peduli/

Rujuk Facebook Zakat Selangor : https://www.facebook.com/zakatselangor/photos/a.10150305773006221/10159344662061221/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: