Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2023
Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bonus Penjawat Awam 2023 / Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 (BKK) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.
BKK ini melibatkan 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam Tahun 2023 untuk makluman bersama.
Apakah Bantuan Khas Kewangan (BKK 2023)?
Kerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 kepada:
• Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan
• Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen
Tarikh Bayaran Bonus / Bantuan Khas Penjawat Awam 2023
Tarikh bayaran BKK 2023 adalah pada 17 Januari 2023, iaitu bersekali dengan bayaran gaji bulan Januari 2023.
Tarikh bayaran ini diumumkan setelah surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan sudah diterima oleh Pihak JPA.
Sementara itu, bayaran RM350 diberikan kepada Pesara Kerajaan bersekali dengan bayaran pencen bulanan.
Kategori Penjawat Awam Yang Layak
BKK Tahun 2023 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 561 dan ke bawah dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 17 Januari 2023.
Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan terdiri daripada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana yang merupakan pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service [2], pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
Pemberian BKK Tahun 2023 turut dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
BKK Tahun 2023 turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan MySTEP dengan syarat telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023.
Nota: Rujuk Bahagian B, Soalan 26 untuk pesara / penerima pencen yang layak dibayar BKK Tahun 2023
Baca juga:
- Bantuan Awal Persekolahan 2023 : Semua Murid Akan Terima RM150
- Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)
- Tarikh Gaji Bulanan Penjawat Awam 2023
Maklumat Lanjut
Rujukan:
Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan https://tinyurl.com/yc8jbsnj
Emel pertanyaan:
JPA : [email protected]
JHEV ATM : [email protected]
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam / Bahagian Pencen JPA menerusi portal berikt:
ATAU
Klik di pautan berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut beserta dokumen berkaitan Bajet 2023.