Tarikh Gaji Bulanan Tahun 2023 Untuk Penjawat Awam
MAKLUMAN : Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Bila agaknya tarikh gaji yang akan diterima bagi bulan Januari hingga Disember tahun depan?
Jom kami kongsikan senarai tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023.
Bolehlah rancang kewangan anda siap-siap!
Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 2 November 2022.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023
(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)
Bulan | Tarikh | Hari | Catatan |
Januari | 17.01.2023 | Selasa | Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin) *Dibayar sekali dengan Bantuan Khas Kewangan 2023 |
Februari | 24.02.2023 | Jumaat | |
Mac | 24.03.2023 | Jumaat | |
April | 17.04.2023 | Isnin | Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad) |
Mei | 25.05.2023 | Khamis | Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu) |
Jun | 23.06.2023 | Jumaat | Hari Gawai 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat) |
Julai | 25.07.2023 | Selasa | |
Ogos | 25.08.2023 | Jumaat | |
September | 25.09.2023 | Isnin | |
Oktober | 25.10.2023 | Rabu | |
November | 24.11.2023 | Jumaat | Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad) |
Disember | 19.12.2023 | Selasa | Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin) |
Rujuk : Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia
Rancang kewangan dengan sebaiknya ya!
Berikut dikongsikan lampiran penuh dari SPANM BIL 4/2022:
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 4 Tahun 2022 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023
Klik di sini untuk muat turun
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara (JANM)
Baca juga: